Gajah sama gajah berlawan, kancil pulak yang bersilat

How i prefer to think:
Rafael Nadal cakap kat Andy Murray, "Hari tu aku tengok hang buat serve silap la. Kalau ikut peraturan, hang tak boleh dapat mata kalau serve lagu tu."
Bila orang yang tak berapa minat Andy Murray dengar Rafael Nadal cakap cam tu, depa pun setuju.
Setuju tu setujulah, mudah-mudahan kita di pihak kebenaran. 
Tapi saya nak mengelak daripada berfikir, bahawa dengan kesilapan satu serve itu, Andy Murray dah jatuh tersungkur dan saya dah layak nak lawan dia di acara Grand Slam. Andy Murray dan Rafael Nadal satu liga. Saya liga lain.

* * *

Bila ulama bertentangan pendapat, kita usahlah jadi mangkuk tambah tak tentu hala. Kalau kita rasa nak sokong ulama A, silalah sokong. Nak sokong B, pun sokonglah. Mudah-mudahan yang kita sokong itu kebenarannya, bukan orangnya. Jika bahan pertentangan tu adalah perkara cabang atau ranting, mungkin tak perlu nak sokong gila-gila mana-mana pihak pun. Lainlah kalau yang dipertentangkan tu adalah perkara pokok yang memang jelas hitam putihnya.Di situ kita perlu mengambil pendirian yang jelas; mengikut asas perundangan Islam yang benar. 

Satu sikap yang saya tak berkenan secara peribadi ialah kecenderungan mencantas, menjatuhkan atau mengecilkan seseorang ulama (termasuklah ulama agama dan ulama sains) yang buat satu kesilapan. Seolah-olah telah hilang segala ilmunya. Dan kita pulak dah jadi lebih hebat daripada dia. Kekurangannya yang satu itu, selagi tidak meruntuhkan ilmunya yang lain-lain, maka tidaklah mengurangkan kehebatannya secara signifikan. 

Layakkah kita nak beradu dengan Murray kerana dia pernah kalah di tangan Nadal?


Comments