Sushi Ori



Mari bukan sebarang mari
mari ke sini membeli bonsai
sushi bukan sebarang sushi
sushi ori dari Kansai

Silalah beli pantun ya. Nak beli sushi dalam gambar tu tak boleh, sebab dah habis licin kena makan. Memang sedap sushi tu. Jauh beza dari sushi kat Sushi King di Malaysia ni. Setiap sushi tu dah ada secalit wasabi. Memang tak nampak, sebab dia sembunyikan; contohnya dia letak bawah udang. Kalau nak extra kick, boleh la minta extra wasabi. Yang ni memang terangkat. Wasabi paste dia memang ori. BUkan serbut yang dibancuh dengan air. Tapi wasabi fresh yang diblender agaknya. Nampak serat-seratnya, macam halia yang ditumbuk sendiri. Rasanya memang menyengit ke hidung. Boleh keluar air mata.

Oh... lupa nak beritau, sushi ni dibeli kat kedai di airport Kansai, Osaka. Harganya pun tak de la mahal melambung berbanding harga kat kedai di bandar. Maksudnya, harga barang makanan kat airport lebih kurang sama je dengan harga makanan kat bandar. Bestnya. Jom gi Osaka lagi.

Comments

Nadia Syakila said…
Sedapnya sir..
Saya memang penggemar Sushi..
Tapi belum pernah rasa lagi Sushi pure dari Jepun..

Masuk dalam vision board la gini..
Target kumpul duit gi Jepun... boleh merasa sushi kat sana