Seminar Kepenggunaan

Sekali lagi dipanggil oleh Pertiwi untuk menyampaikan tajuk Budaya Pengguna dalam siri seminar kepenggunaan tajaan KPDNKK. Kali ini semibar dibuat di Melaka Bandaraya Bersejarah. Terciptalah sejarah di King's Green Hotel; membentangkan kertas kerja kepada para pesara. Semua peserta dah masuk 5-series dan ke atas. Ada yang dah 8-series. Gigih lagi datang seminar.
Seperti biasa, ada perkongsian tentang budaya kepenggunaan yang tidak bijak.  Antara contoh yang dibincangkan ialah tabiat makan gula. Bila ditanya kepada peserta, hanya seorang saja yang minum teh tanpa gula sebelum bersara. Ermmm... dah lebih 5-series pun masih 'dijajah' pemikiran bahawa minum teh mesti ada gula. Mengapa susah sangat nak bebas daripada gula? Walhal kita tahu gula yang berlebihan (dan memang selalu terlebih) mendatangkan mudarat kepada badan.
Tampal gegala biar lekat
Sampan beratap membawa huma
Makan gula biar bersukat
Sedapnya kejap sakitnya lama
Hopefully ada yang mahu mula bertindak membebaskan diri daripada gula. Tunjukkan kepada anak cucu bahawa atok dan nenek boleh makan minum tanpa tambahan gulu. Rasanya, atok dan nenek boleh jadi contoh yang senang diikut oleh cucu-cucu yang masih kecil. Kita nak lahirkan generasi baru yang lebih sihat dan produktif.
Bila fikirkan kenaikan kos sara hidup, memang kekadang rasa tak masuk akal. Harga udang, contohnya, dah makin melampau mahalnya. Tak faham. Sebagai individu, kita mungkin tak mampu nak mengubah struktur ekonomi, politik dan sosiobudaya. Tapi kita mampu, terlebih dan tersangat mampu, untuk membuat pilihan untuk diri sendiri. Contohnya, kita boleh ubah apa yang kita makan. Yang halal dan sedap itu, tak semestinya baik untuk kita. Sedap sekadar di lidah dan tekak je.
Allah swt dah ciptakan berbagai makhluk untuk kegunaan kita. Mengapa sumber karbohidrat utama kita masih lagi beras putih? Kita tak pandang beras perang, millet, gandum, dan sebagainya. Sumber protin utama kita masih lagi ayam dan ikan. Kita tak pandang arnab, rusa, burung unta, dan landak. Kalau kita menghadkan pilihan, mudahlah kaum pemodal, pengeluar dan pengedar memanipulasi harga. Cara yang bijak ialah menuntut dan menegakkan hak kita sebagai pengguna.
Ladang luasnya mari dibajak
Nampak redup pohon ketapang
Jadi pengguna biarlah bijak
Baru hidup terasa lapang

Comments