Menghalang laluan orang lain

Kes accessability tandas OKU dah ada ditulis. Yang ni kes accessability untuk orang yang cukup upaya (OCU?). Canteekkk punya parking motor. Dah tak de tempat lain agaknya nak parking. Depan tangga dia letak. Bersusn-susun pulak tu. Usahkan OKU, OCU pun susah nak lalu kalau macam ni.

Apa la yang ada dalam kepala dorang ni masa decide nak parking. Ingatlah... kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. Ingatlah bahawa perbuatan membuang duri dari laluan orang itu dianggap sebagai cabang iman. Kalau kita mengahalang pulak laluan orang, perbuata orang beriman ke apa namanya tu?

Mudahkan, jangan susahkan. Kalau tak mampu nak beri kesenangan kepada orang lain, jangan susahkan mereka.

Comments