Perarakan maulidur rasul
Nak panggil apa sebenarnya ya?
Perarakan?
Marching?
Berjalan sambil berselawat?
Majlis perhimpunan bulanan UIAM (Liqa' as-syahri) bagi Januari 2014 dimulakan dengan acara jalan kaki ramai-ramai dari tangga besar ke dewan CAC. Ada yang cuba cukupkan kuota berselawat hari Jumaat semasa perarakan. Ada juga yang cukupkan kuota sembang-sembang hal kerja. (The whole morning was taken up by the gathering. So, people continue working while walking.)
Di dalam dewan, ada beberapa acara. Yang jadi rukun wajib tentulah ucapan Rektor. Presiden pun ada datang dan berucap. Intisari ucapannya ada disiarkan di Berita Harian. Tuan Presiden mencabar staf IIUM untuk bersuara tentang penggunaan kalimah Allah. Tak ada suara dari IIUM katanya. Mungkin buku ini bisu, lantaran itu tak kedengaran suaranya.
Comments