vision

Kes 1: Makro - Ekonomi
Teringat perbualan dengan kawan serumah di William St dulu.

"Sudan has many natural resources", katanya dengan penuh semangat.
"Why is your country poor then?" bidas seorang lagi rakan serumah.
Tersengih-sengih si patriot dari Sudan itu.

Negara yang ada banyak hasil mahsul tidak semestinya jadi kaya raya rakyatnya. Begitu juga sebaliknya; negara yang tidak banyak hasil mahsul, tidak semetinya miskin rakyatnya. Biarlah balak berjuta ekar, emas berketul-ketul di dalam tanah, berlian bersepah-sepah di tebing sungai, minyak melakung-lakung dalam tanah: tak jadi manfaat kepada sesiapa jika tidak ada pandangan, wawasan atau idea untuk menguruskannya. Bagai tak bernilai minyak mentah dalam tanah kerana tidak ada perancangan untuk membina loji penapisan minyak, paip saluran minyak, kapal pengangkut minyak, etc.

Nak memakmurkan ekonomi negara perlu ada wawasan. Perlu ada pandangan jauh ke depan: nak negara ni rupa macam mana dalam 10, 20, 50 tahun lagi?

Kes 2: Individu - Masa

"Bosannya....tak tau nak buat apa ni"

Ni ayat orang yang 'terlebih' masa. Bukannya kerana dapat mesin masa Doraemon. Seharinya ada 24 jam juga. Tapi kerap mengeluh kerana 'tak tau nak buat apa' seolah-olah bumi lambat berputar. Nak menguruskan masa pun kena ada wawasan juga. Masa ibarat komoditi, ibarat hasil mahsul. Kalau tak buat perancangan, maka akan datang tempoh tertentu yang tidak terisi. Tidak ada aktiviti yang boleh diberi keutamaan.

Maka jadilah sindrom 'bosan'. Bukan masalah jumlah masa, tapi kerana tidak pandai menguruskan aktiviti mengikut masa yang ada.


Kes 3: Individu - Jamie Oliver don't-wannabe.

"Eh...tak reti nak masak apa petang ni. Ilham tak datang lagi."

Ini pun boleh jadi contoh kekurangan vision: tak nampak apa yang boleh atau perlu dimasak. Setiap hari membakar kalori semata-mata untuk berfikir nak masak apa. Seolah-olah perancangan untuk memasak satu beban yang sangat berat.

Bukan kerana kekurangan 'komoditi' atau 'hasil mahsul': kalau periksa dapur, macam-macam ada. Kacang hijau, kacang dal, kacang kuda, kacang tanah, kacang panjang: macam-macam kacang ada. Tepung pun ada banyak jenis: tepung gandum, tepung wholemeal, tepung beras, tepung pulut, tepung jagung, bahkan susu tepung pun ada. Of course, kes ini bukan merujuk kepada fakir miskin yang layak menerima zakat. Kes ni untuk orang yang berpendapatan tetap; yang lebih mendapat kenikmatan semasa shopping beli barang dapur daripada memasak guna barang dapur tersebut. Maka beras basmati gred AAA sekalipun akan berbubuk di dapur jika idea memasak tak datang-datang.

It is not for the lack of things to cook, but the lack of idea, enthusiasm and eagerness that the dapur is not berasap.

Soalan yang seterusnya: macam mana nak mendapat vision?

Kena tunggu Tun Dr M turun padang beri ceramah?


Comments