kisah PC

Bagi para pekerja sekarang, PC sudah menjadi satu keperluan asas. Tidak keterlaluan jika dikatakan PC mendiami satu tingkat dalam hirarki keperluan Maslow. Kalau tak ada PC, kerja lain tak menjadi. Or so most people think. Ke sana sini tak boleh lekang dari PC. Laptop, notebook, palm top menjadi pengganti PC yang letaknya di desk top. Sekarang ni orang boleh buat kerja di iPhone, iPad, tablet, dan ntah apa lagi lepas ni.



Ketika post ini ditulis, PC ni baru diformat semula oleh technician. Terima kasih encik. Dari tahun lepas lagi PC ni perlu dipertingkatkan. Sistemnya sudah ketinggalan zaman. Bila universiti memperkenalkan sistem baru, PC ni tak boleh dipertingkatkan sebab banyak sangat updates yang tidak dimasukkan ke PC ni.



Tahun lepas, ada la dalam sehari dua PC 'tergantung' kerana tiba-tiba dia dapat updates yang dah sekian lama tertangguh. Lepas update, yang sepatutnya memperkasakan PC, kena serangan virus pulak. Terbatuk-batuk la PC. Nasib baik air hingusnya tidak meleleh. Encik technician telah berjaya menghapuskan virus berkenaan setelah berusaha beberapa hari. PC ini juga sedia untuk dihijrahkan ke sistem universiti yang baru. Semua ini berlaku sebelum cuti Krismas. Bolehlah bercuti dengan fikiran yang tenang. Tapi, tiada yang sempurna, kan? PC ini tidak berjaya dihijrahkan sebelum cuti panjang.



Selepas habis cuti tahun baru, technician memberitahu PC ini perlu diformat semula untuk dihijrahkan. Kalau tak berhijrah, PC ni tak akan dapat bersambung dengan sistem universiti. Mahu tak mahu, kena hijrah jugak. Hari ini, kerja memformat telahpun dilaksanakan. Sekarang ni rasa macam dapat PC baru. Bukan teruja nak godek sana sini. Tapi terpaksa instal semula segala perisian yang technician tak install: Google Chrome, Mendeley, NVivo7. Tak kisahlah nak instal itu semua. Walaupun sepatutnya hari ni kena fokus menulis Chapter 7. Tapi, tak boleh nak instal jugak: sebab tak de akaun administrator lagi. Kena tunggu hari Khamis ni.



Panjang sungguh kisah PC ini. Janganlah ada kisah ragam-meragam selepas ini; nak siapkan thesis.

Comments