lalang-lalang
Tanya sama lalang apa sebab goyang
nanti jawab lalang, angin yang goncang
Tanya sama enau apa sebab tinggi
nanti jawab enau, nak cari matahari
Setiap perbuatan ada sebab. Samaada sedar atau tidak sedar, ada yang menjadi sebab kepada tindak tanduk manusia. Tingkah laku manusia boleh difahami dengan menyelidik sebab-sebab kepada tingkah laku tersebut. Ahli psikologi cuba mengkaji tingkah laku dengan melihat biokimia dan struktur saraf badan, gen, proses pendidikan, pengaruh sosial, dan sebagainya. Walau baik, walau buruk tingkah laku; ada sebabnya.
"Eeeee.... tak sakit ke dia cucuk kening dia macam tu?"
Memanglah sakit, tapi ada sebab lain yang menjadikan perbuatan bertindik kening itu 'sedap'.
"Uwekk.... apa yang best sangat berlumba motosikal haram tu? Bukan laju mana pun.... bising je lebih."
Betul; dari kaca mata penonton, memang tak nampak apa yang membuat mat-mat rempit berlumba. Tapi, kalau ditemubual mat rempit berkenaan, kita boleh jumpa penyebab kepada penyertaannya dalam lumba haram. Tak kiralah sebab itu kukuh, atau pun lemah.
Yang menjadikan sesuatu 'sebab' itu kukuh ialah tersandarnya sebab itu kepada Allah dan syariatNya.
"Aku berpuasa sunat hari ini kerana Allah taala"
Memang molek sebab yang diberi.
"Saya tidak bersalaman dengan lelaki kerana haram hukumnya bersentuhan dengan bukan muhrim", demikian kata seorang wanita yang enggan bersalam dengan lelaki.
Siapa pula kita hendak mempertikaikan hukum Allah yang jelas tentang hubungan lelaki-perempuan. Memang kukuh alasan yang diberi. Kalau terlebih rajin nak mempertikai, silap-silap terpertikai hukum Allah. Na'uzubillah.
"Saya pakai macam ni sebab ikut kesesuaian majlis," kata seorang wanita lain yang gambarnya semasa menghadiri majlis sambutan hari jadi kawan di sebuah pusat hiburan tersebar luas.
Ikut majlis? Betullah alasannya tu. Majlis yang 'sebegitu', memang kenalah pakai 'begitu'. Tapi alasannya sangatlah lemah. Allah tak suruh pakai begitu ditempat awam. Dan bukannya fardhu kifayah pun nak sambut harijadi kawan. Dan sunat muakkad ke untuk berada di pusat hiburan?
Orang yang bersandar kepada sunnah dan wahyu, insyaAllah akan dapat cahaya hidayah.
Orang yang melintuk-liuk mengikut arah angin popular, cepat-cepatlah cari pendirian. Jangan sampai angin popular itu meniupkan diri terjerumus masuk ke neraka.
Comments