kerja melukis





















Agak lama jugak tak menyentuh berus lukisan. Waktu yang ada di hujung minggu baru-baru ini telah diisi dengan aktiviti melukis. Balik dari breakfast di pekan (thanks Fizan & Maya for the breakfast), kepala tercari2 aktiviti untuk dibuat sebelum mula memasak untuk jamuan makan malam (thanks to all the guests who came over).

Daripada melengu di depan tv saja2, baik juga tangan ni buat sesuatu. Sebelum sempat merasionalkan (atau mematahkan lojik bekerja) aktiviti itu, cepat2 diri mengambil katalog Tesco sebagai sumber inspirasi. Dalam katalog tu ada poster dan lukisan yang cantik. Satu daripadanya kelihatan menarik dan agak senang untuk dilukis. Hanya perlu menggunakan dua warna. Bentuk yang perlu dilukis pun agak mudah. Jadi, terus saja mencapai kanvas, yang telah lama tersimpan dalam kotak, dan alat2 mewarna yang lain.

Alhamdulillah, dalam demam tak demam, dapat menghasilkan satu lukisan. Rasanya, lukisan ni boleh dibawa balik ke Malaysia nanti. Kalau tak digantung di rumah, nak gantung kat ofis. Jeles jugak tengok galeri Makcik Ros di Setiawan hari tu. Cantik2 lukisannya. Dah ada iri hati baru makin kuat motivasi nak melukis, kan?

Kawan ofis kat sebelah ni dah submit thesis dan tengah tunggu untuk viva. Awak bila lagi. Belum cukup jeles ke?

Comments