Dah lari, tapi kena kejor jugak

Ih ih ih.....dasat sungguh rasa musim sejuk kali ni. Udoh le banyak salji, suhu pun bawah beku. Sampai mesin basuh kat rumah sewa tu tak berjalan; ate, ayornya dah beku dalam paip. Alamat ngangkut kain baju ke tempat dobi le jawabnya.

Masa nak sambung PhD dulu, bukannya tak de cadangan cari tempat di Kanada. Ada. Tapi, bila pikior pase musim sejuk kat sana, rasa tak sanggup. Rasanya, macam separuh tahun berbungkusnya. Mana nak tahan. Itu yang pilih UK nih. Sebab dah ada pengalaman masa buat masters dulu. Winter nya idok la sejuk sangat. Snow pun tak mandang.

Alih2, winter beku ni dah dapat ngejor. Adussss....berbungkus le lagi jawabnya. Sejak balik ke sini ari tu, idok la dapat merasa suam matahari. Cuma, lepas semayang Jumaat tadi ada terasa suam2 ujung kuku. Jadi le. Esok2, suam sampai pangkal kuku pulak yea.

Comments

salida amran said…
wuish itu tahap sejuk giler tuh sampai air pon membeku dalam paip..dasyat!!