Santan Berlada
Antara siri komedi yang menarik di zaman kecik2 dulu ialah Santan Berlada. Ada orang Kota Lama Kanan dalam siri tu. Mungkin itu yang membuatkan siri itu extra menarik. Di raya ketiga ni, rasa kurang nak layan lagu raya. Teringat pada Santan Berlada, dicari video lagu.
Lagu ni diletakkan di blog ni bukanlah sebagai 'permintaan secara halus'. Tertarik sebenarnya kepada isu yang dilantunkan dalam lagu ni. Kerap kali berfikir untuk diri sendiri, dan untuk orang lain pasal perkahwinan - memulakan, mengakhirkan, atau menyambung semula. Kadang2, isu ini jadi berbelit-belit hingga tak tahu mana hujung mana punca.
Untuk mengurangkan kekusutan, ingin rasanya mengguna kaedah atau rangka fikir untuk berfikir pasal kahwin. Setakat ini, yang jelas difikiran ialah kaedah yang menggunakan asas2 hukum. Individu perlu mencari bukti untuk menilai apakah hukum baginya melangsungkan atau menamatkan perkahwinan. Bagi yang belum berkahwin dan bekerjaya, terlalu senang untuk orang lain mempertikaikan kebujangannya. Seolah-olah individu tersebut WAJIB atau SUNAT berkahwin. Mungkin kita terlepas pandang pada spektrum hukum yang selain itu. Untuk orang tertentu, perkahwinan adalah HARAM, atau MAKRUH. Hanya individu itu yang tahu bukti dan alasan untuk sampai kepada salah satu hukum tersebut. Dan hukum tersebutlah yang utama untuk dijadikan asas kepada membuat keputusan. Dalam kata lain, hukumlah diri sendiri untuk menetapkan matlamat i.e. berkahwin atau pun tidak.
Jika hukum mengatakan anda harus berkahwin, langkah seterusnya ialah menilai kemampuan diri. Walaupun sudah berkemahuan, tapi mungkin tidak ada kemampuan. Jika berkahwin yang wajib itu tidak dapat dilaksanakan, maka ada plan strategik lain (cth: berpuasa) yang perlu diimplementasikan. Mungkin analisis SWOT boleh digunakan untuk menilai kebarangkalian mencapai matlamat tersebut. Atau mungkin juga ada kaedah lain yang sistematik untuk menilai kemampuan diri.
Status bujang tua bukanlah alasan kukuh untuk berkahwin. Berkahwin kerana teruja melihat orang lain berkahwin juga bukanlah alasan yang selamat. 'Desperation' datang dan pergi. Mugnkin di kala bulan mengambang, rasa 'desperate' itu akan tiba.
Sekali lagi, perincikan matlamat. Nak apa sebenarnya? Mudah-mudahan perkahwinan itu satu manifestasi taqwa ke arah mencapai kerehaanNya, bukan sekadar pemuas matlamat cetek jangka pendek.
Comments
"dah berumur, mampu menanggung keluarga- oleh itu, sudah perlu berkahwin. QED!"
NOT!!! >P
Tapi nak komen pasal sitcom santan berlada.Skripnya bagus2, ada isi.Nampak mcm simple je.Bila RTM nak tayang semula?How I miss those simplicity!
p/s tak nak wish selamat hari raya.balik sini duluuu...hahaha!
Tunggu raya sekali lagi baru balik. Masa tu Umar Firas dah boleh berambat agaknya.