ekposisi pantun tradisi
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga
Pembayang pantun ni macam sesuai pulak untuk mengupas kepentingan penetapan matlamat (goal setting). Katakanlah, Deraman ada bot laju. Dan dia juga ada minyak yang mencukupi, walaupun minyak baru naik harga. Dengan bot yang dia ada tu, dia nak berjalan2 ke Pulau Pandan. Kununnya nak buat aktiviti kembara lasak di sana. Dia pun carilah kawan untuk sama2 naik bot. Cari punya cari, dia jumpa Bedul. Sanggup nak kongsi duit minyak, kata Bedul, asalkan dapat sampai ke Pulau Pandan.
Di tengah-tengah perjalanan, Bedul dan Deraman bersembang panjang. Al-maklum... pulau tu jauh ke tengah. Ada banyak masa untuk bersembang. Dalam sembang-sembang tu, Deraman cakap la pasal perancangannya nak snorkeling, jungle tracking, dan berakit. Bedul terpinga-pinga. Dia tak jangka Deraman nak buat aktiviti macam tu. Dia sebenarnya lebih berminat nak mengutip akar kayu.
"Tak boleh" Deraman kata. "Pulau tu ada larangan. Jabatan Taman Laut tak bagi sapa-sapa ambil tanaman kat pulau. Kalau nak akar kayu, kena pergi Gunung Daik".
Aisey! Bedul tepuk dahi. Dah silap planning rupanya. Salah naik kenderaan. Salah pilih kawan berjalan.
Moral of the story: tetapkan matlamat secara jelas sebelum bertindak supaya tidak membazir masa dan tenaga.
"Ate....mike nak ikut teman naik bot ni jugak ke?" tanya Deraman. Tetiba je Deraman jadi orang Perak.
"Teman idok suka gi nyelam, main ayor laut. Teman gemor cuaca sejuk macam kat gunung. Lagipun teman menang ndak kan bebenor akar kayu tu." jawab Bedul.
"Alaa....choba le dulu. Mana tau kot mike gemor pulak nanti. Mike boleh pinjam Speedo teman ni."
"Udoh pernah teman choba. Tak maunya. Tak serasi kulit teman dengan ayor laut."
Hati Deraman jadi gatal digeletek statement Bedul. 'Kekwat sungguh', katanya dalam hati. Lalu, dicekupnya air laut menggunakan tapak tangan, dan disimbahnya kat Bedul. Terus Bedul menjerit.
"I'm melting...I'm melting," persis the Wicked Witch of the East. Idok le betul2 cayor. Tapi habis badannya tumbuh bintik merah2. Sian dia. Gelabah Deraman dibuatnya. Batu dia tahu, Bedul bukan kekwat, tapi memang alah dengan air laut.
"Mike antor teman balik ke darat!"
Dengan rasa bersalah, Deraman patah balik ke darat. Minyak dalam tangki pun dah susut separuh. Terpaksalah top-up di jeti nanti.
Moral of the story: Kalau discover ada perbezaan matlamat, eloklah nilaikan semula usaha masing2. Mungkin boleh cuba mengharmonikan matlamat, atau biar saja kedua-dua pihak mengambil laluan masing-masing. Pilih destinasi sendiri, dan jangan ada benci.
Comments
very good food for thought.