Gedebuk!

Ini bukan jatuh secara rawak macam durian. Jatuhnya memang dah dirancang. Tapi, nafsu malas mengaburkan mata, seolah-olah yang masa terhenti kala usai perancangan. Weh....tak leh tipu masa. Maka, di hujung bulan ini, akan bergedebuklah beberapa durian besar. Kalau masih berselimut malas, durian tu akan menikam kaki.

Yang pertama: Chapter 1,2,3,4,5 untuk thesis
Yang kedua: Second year (progress) report
Yang ketiga: paper untuk jurnal (in progress).

Durian yang ketiga ni dah beberapa kali menggelek kaki. Tak sedar-sedar diri jugak. Sadis ke apa?
Agaknya, bila dah tertimpa durian, barulah merasa nikmat isinya yang sedap tu. (cheh.... gitu ke nak imbangkan cognitive dissonance?)

Comments

bukan setakat durian, batu PETRA yg jatuh atas diri ni.. adeeehhhh..

nulis dak lg, baca pun xhbs lg.. chaiyok!!

p/s: klu nk balik thn dpn, kena berjuang habis2an
ORKED said…
chai yok sir..jgn malas2!!!hehe