Tunggu ikhlas tiba
"Isu bertudung dan pemakaian semuanya perlu datang dari hati yang ikhlas dan tulus. Saya tidak mahu melakukannya semata-mata untuk memuaskan hati pihak yang mahu saya berbuat demikian hanya kerana saya sudah menunaikan haji." (sumber: Utusan Malaysia Online, 12 Ogos 2009).
Dialog di atas dilaporkan oleh wartawan yang bertanya kepada seorang selebriti wanita yang telah menunaikan haji. Sekali dengar, jawapannya memang 'berdiplomasi' dan 'lembut'. Lembutkah? Atau cakaran tajam?
Saban hari Jumaat, jemaah solat diingatkan oleh khatib untuk bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Adapun taqwa itu boleh dicapai dengan melakukan apa yang Allah suruh, dan menginggalkan apa yang Allah larang. Menutup aurat termasuk dalam perkara yang disuruh. Bukan ulama Islam sahaja, kebanyakan ulama agama lain pun suka kepada amalan menutup aurat. Apakah perlu tunggu ikhlas berakar dalam dada untuk melangkah lebih dekat kepada taqwa?
"Irfan, tahun ni umur Irfan dah cukup 9 tahun. Ramadhan akan tiba tak lama lagi. Kali ni Irfan cuba berpuasa penuh, ok?" Begitu makcik Katijah memujuk anaknya untuk mula berpuasa.
"Mak, Irfan tahu puasa tu wajib. Tapi, hati Irfan ni belum ikhlas lagi. Bila ikhlas nanti baru Irfan berpuasa. Ok tak mak?"
Agak-agak.....cili apa yang makcik Katijah nak guna untuk cilikan mulut Irfan?
Kalau terang-terang tak nak turut perintah Allah, tak payah la beri alasan 'hati belum ikhlas'. Jawapan 'berdiplomasi ini sebenarnya adalah cakaran yang amat tajam pada pemikiran manusia yang bersungguh-sungguh cuba hidup secara Islam. Memang betul, kita TIDAK patut melakukan amalan hanya kerana desakan masyarakat. Kita beramal hanya kerana Allah. namun, Allah tidak menetapkan ikhlas sebagai pra-syarat untuk beramal kepadaNya. ingat tak syarat-syarat wajib puasa? Ada 'iklhas' dalam senarai syarat2 wajib puasa? Syarat2 wajib haji? Pergi haji hari tu, dah tertonggok ikhlas dalam hati?
Kalau masih lagi nak berlengah-lengah dalam menunaikan kewajipan, dan masih lagi bersuka-suka melanggar larangan, jawab saja: iman saya masih lemah.
Comments
اتبعوا ما أنزل إليكم من ربكم ولا تتبعوا من دونه أولياء قليلا ما تذكرون
Teringat zaman sekolah dulu,time tu pi rombongan ke Menara Condong Teluk Intan.Ada seorang anak gadis sunti berbangsa Cina tepuk belakang saya..nasib baik tak peluk, sebab dia ingat saya ne KAKAKnya!(Miss BEE )cikgu smk Sayong tahun 1990. Itulah pengajarannya..
Dengan Tuhan nak berkira. Cubalah kalau Allah ikut Dia ikhlas ke tidak dulu sebelum nak bagi rezeki dekat kita...
Osima: :-) Yup...pengalaman peribadi memang kuat mempengaruhi pendirian dan tindakan.
Telipuk: Tulis la jugak...biar ramai yang menyuarakan pendirian.
tapi hidayah kena juga usaha untuk cari bukan?
kita doakan saja...