shaddap yang berkesan

"Ngapa dia tu? Diam je? Tadi elok je bercakap."
Bila tertanya-tanya mengapa orang diam, elok juga bertanya kepada diri sendiri: "Aku suruh dia shut up ke?"

Interpersonal communication ada hukum hakamnya sendiri. Kalau berdialog dengan komputer, kita guna ikon, menu, dan papan kekunci untuk menyampaikan mesej. Kalau kita tersalah tekan kekunci, mungkin komputer akan membantah dengan ungkapan "Syntax error!" atau "Fatal error!". 'Pandai' jugak la komputer memberi maklumbalas kalau dia tak 'faham' apa yang kita cakapkan. Hanya komputer yang rosak sahaja yang akan diam membisu (i.e. hang) tanpa memberi apa2 feedback. Kalau dah hang, baik tekan ctrl+alt+del aje.

Berbeza dengan manusia, kadang2 kita tak dapat banyak feedback lisan atau bertulis. Tetiba je kawan kita hang. Kawan tu bukannya boleh kita reboot macam komputer. (Nak tekan tang mana?) Bila berlaku keadaan macam ni, elok jugak kita muhasabah kalau2 kita dah 'terberi' command yg kawan kita tu tak boleh compute.

Untuk menggalakkan orang bercakap, ahli kaunselor boleh gunakan banyak teknik seperti paraphrasing, reflecting, attentive listening, tidak menyampuk percakapan, mengekalkan eye contact dan sebagainya. Kalau apa yang kita amalkan sebenarnya bertentangan dengan teknik2 tu, maka janganlah kita pura-pura terkejut bila orang jadi diam macam ketam, senyap macam karipap. Antara sebab orang akan diam ialah kerana kita telah menyuruhnya diam, samaada kita sedar atau tidak.

Bila dia bercakap pasal nak buat kuih raya, kita sibuk war-warkan kemahiran kita buat kek raya. Kawan tu nak berkongsi perancangannya. Kita pulak bukak topik kemahiran hidup. Seolah-olah kita tidak berminat dengan idea dia. Terus kita pancung topik perbualan dia. Manalah dia tak senyap.

Bila dia kelihatan 'mendung', kita suruh dia bercakap. Alahai....kita kan insan yang concern tentang perkembangan kawan-kawan. Tapi, bila dia keluarkan dialog "aku rasa sedih la" ... terus je kita keluarkan statement penutup, "ala...bulan posa ni tak yah sedih2 la. Tak macho la. Don't worry, be happy". Terus ke kesimpulan, kan? Tak de perbincangan dan analisis. Dah la kita yang suruh dia bukak mulut. Bila dia bukak mulut, kita cepat2 tutupkan pulak. Bila masa dia nak bercakap? Manalah dia tak senyap.

Bila kita ada buat silap, dia ringankan lidah untuk menegur. Mungkin dia guna ayat penyata (tegur direct) atau ayat berkias (tegur berlapik, sindir, perli, sarcasm). Rajin jugak le dia berkata2 untuk menyuarakan apa yang tak kena di matanya. Tapi, bila dia buat macam tu, kita tarik muka, bidas tanpa hirau hukum logik, melenting tak ingat akhirat. Langsung tak nak consider point yang dia utarakan. Kita serang guna senjata perasaan. Logik dalam teguran tu kita kesampingkan. Secara efektifnya, kita menyampaikan mesej yang kita tak suka dia berkata2: I don't like your thoughts. Manalah dia tak senyap.

Manalah dia tak senyap. Kita telah menggunakan shaddap yang sangat berkesan.

Comments

Anonymous said…
'diam macam ketam' dan 'senyap macam karipap'- hahaha, so funny, tergelak saya baca part ni :)

insyaAllah, akan lebih berhati-hati dalam percakapan..
heheh...saje cipta peribahasa baru