Tulis punya tulis
Alhamdulillah, menjadi pulak produktiviti hari ni.
Mulanya, bersyair dengan Azree.
Lepas tu, letak pantun kat Facebook. Ada dua tiga orang membeli. Apa lagi, jadi la acara menjual beli pantun.
Sambil2 berpantun sambil menulis abstrak. Sempat juga menyiapkan satu abstrak untuk Ergonomic Society Annual Conference (2010). Dah hantar kepada penyelia pun. Abstrak untuk AHFE belum siap. Data belum ada. Hari ini cuma dapat siapkan rangkanya. Looks good.
Sambil berpantun dan 'berabstrak', sempat jugak update blog. Termasuk post ni, ada empat yang disiapkan. Satu lagi draf. Nak masukkan gambar malam nanti.
Mungkin ini salah satu tafsiran kepada ungkapan, 'the rich gets richer'. Kalau dah mula menulis, makin banyak benda yang boleh ditulis. Bukan setakat mendalam, melebar pun boleh. Legaaaaaa.
Comments