Networking: A course

Baru saja menghadiri kursus Networking Skill: Attending Conferences. Tahun ni, tak banyak kursus Professional Development yang dihadiri. Tak banyak kursus yang sesuai. Kursus ni sesuai dengan keperluan, dan jugak sesuai dengan masa memandangkan minggu depan nak pergi konferen di Covent Garden.

Melihat kandungan kurus tu, rasa agak selesa. Kebanyakan cadangan yang disenaraikan memang pernah dibuat (e.g. mencari peluang networking: hadiri konferen, volunteer jadi organiser, bentang paper, dll). Persoalannya, seberjaya mana menukarkan peluang menjadi jaringan?

Alhamdulillah, Improving Patient Safety yang dihadiri pada 2008 telah membuahkan hasil. Dapat berjumpa Prof Rhona Flin di situ. Lanjutan daripada itu, kami berhubung melalui email. InsyaAllah, 3 Ogos nanti, ayah dan Patrick akan ke Aberdeen untuk satu 'mini persidangan' dengan kumpulan penyelidik yang diketuai Rhona.

Dalam konferen yang lain, tak banyak kejayaan seperti IPS 2008. Tak ramai kawan yang dikenal melalui konferen. Harapnya, lepas ni dapat membesarkan jaringan. Lepas PhD selesai, lagi besar dan banyak tugas yang menanti. Dengan adanya jaringan yang besar, mudahlah sikit untuk menghadapi tugas-tugas post-doc nanti.

Comments