Rusuk, cili, dan gula
Tiga bahan tersebut jadi resipi untuk posting kali ini. Bukan tentang masak-memasak, tapi tentang perisitiwa yang memanaskan cuping telinga.
Bila melalui sendiri (bukan kali pertama) pengalaman berhadapan dengan tulang rusuk, barulah betul2 dapat dihargai perumpamaan yang dibuat orang. Makhluk yang diumpamakan sebagai tulang rusuk itu memang sukar dibentuk. Bila ditegur secara baik dengan bahasa yang neutral - tidak marah, tidak pula merayu - tetapi tegas, melenting dia. Seolah-olah mempunyai upaya elastik yang sangat tinggi, terkelepuk dia melantun dan membirat dahi sendiri. Direngkuh dengan lembut, begitu dia memberi respon.
Kata orang, kalau direngkuh kuat-kuat, takut patah. Memang tidak berniat dalam hati untuk merengkuhnya sampai patah. Dia bukannya musuh. Bukan Zionis, bukan ekstrimis. Malahan, saudara dalam Islam. Bukankan berpesan-pesan itu memerlukan kesabaran?
Setelah berkisah dan berunding dengan seorang kawan, kesabaran itu bertambah. Sifat rusuk itu kembali segar setelah diperingatkan. Kena muhasabah diri juga. Mungkin adayang tidak kena dalam pendekatan yang diambil. Kurang berhikmah barangkali.
Bila hati sudah sejuk dengan sabar, datanglah idea dan kekuatan untuk mencuba sekali lagi. Arah pendekatan yang berbeza kelihatan. Gula digunakan untuk memaniskan rusuk sebelum mencalitnya dengan cili. Alhamdulillah, respon yang diterima lebih baik. Samaada mesej telah sampai atau tidak, wallahua'lam. Yang kelihatan, cara dia menerima teguran itu lebih baik.
Hai..... kata mereka, lelaki sangat ego. Berdasarkan pengalaman ini, nampak perempuan pun tinggi juga egonya. Bila didahulukan dengan puji2an, baru mahu mendengar kata. Memang sifat rusuk agaknya - lembut dek gula, barulah boleh diluruskan.
Ya Allah, tambahkanlah sabarku.
Comments
Tak kira lelaki atau perempuan, lebih mudah menerima teguran jika didahului dengan pujian.
Tapi, apabila lelaki memuji perempuan, perlu hati2 dan bersedia dengan segala kemungkinan, sebab perempuan ni biasanya mudah tersasar dalam mentafsir tindakan lelaki.