Tagged

Sempena hari lahir orang yang tag saya, saya sudi panjangkan tag ini. Happy Birthday Sha.

1.         Bekas kekasih saya bukanlah seorang yang ternama, terbilang, mahupun gemilang. Menyanyi lagu Gemilang pun dia tak pandai.

2.         Saya sedang mendengar bunyi printer sedang mencetak sesuatu. Mungkin Gina, rakan sepejabat, punya kerja.

3.         Mungkin saya patut balik ke rumah dan sambung kerja mengemas rumah daripada terus mengejar orang NHS dalam urusan etika penyelidikan. Penatnya disepak ke sana sini. Sudahnya, back to square one.

4.         Saya suka belajar, sebab itulah saya sedang buat PhD. InsyaAllah, akan disiapkan sepenuhnya menjelang September 2010. Amin.

5.         Sahabat baik saya bukanlah bekas kekasih saya.

6.         Saya tak faham mengapa sahabat baik saya bukanlah bekas kekasih saya. Bukankah Aishah pernah berkata, jadilah kau sahabatku, kekasih dan teman?

7.         Saya kehilangan kesabaran di pagi Rabu yang mulia ini. Semuanya gara-gara diperkotak-katik oleh orang yang mengelak-elak daripada membuat kerja. Dah berkali-kali dihubungi. Tinggalkan mesej di voice mail, sms, dan email. Hujung-hujung, respon dia seolah-olah kita yang tak buat kerja dan tak berusaha menghubungi dia. Rasa nak melompat-lompat sambil tarik-tarik rambut sendiri.

8.         Ramai yang berkata, masa itu emas. Tapi, tak ramai yang memperjelaskan, emas itu jenis 24K, 18K, atau 9K. Tak pentingkah nilai K bagi emas itu?

9.         Makna nama saya...ialah penjaga dan pembajak. Saya tidak pernah bercita-cita menjadi jaga bank. Tapi saya memang suka berkebun. Yang paling saya suka ialah membuat literature review, satu aktiviti yang boleh diibaratkan sebagai ‘membajak’ dalam konteks menyuburkan ilmu.

10.       Cinta itu ada di situ. Tapi saya tak tahu di manakah sebenarnya tempat itu.

11.       Disuatu tempat bernama...Loughborough, saya ‘membajak’ dan ingin menuai hasilnya dalam masa dua tahun lagi.

12.       Saya akan cuba...sedaya upaya untuk selesaikan kerja-kerja berkaitan PhD sebelum cuti Krismas bermula 24hb ini.

13.       Makna "selamanya" tidak akan ditemui dalam kamus bahasa Arab, hindi, Parsi, Tagalog, dan sebagainya. Makna ‘selamanya’ hanya boleh ditemui dalam kamus Bahasa Melayu, atau kamus yang seperti kamus dwi-bahasa BM-BI.

14.       Handphone saya dah mula buat perangai. Joystick yang diguna untuk navigation dah mula tersekat-sekat, liat, dan membuat saya meluat. Tukau dgn handphone baru karang baru tau.

15.       Saya paling meluat dengan orang yang bermuka-muka untuk memfofulerkan dirinya sendiri. Very de sinister.

16.       Bila saya bangun dari tidur saya terfikir yang saya perlu bekerja. Sebab itu saya suka bila bangun dari tidur pada hari Sabtu dan Ahad, sebab itu hari cuti saya.  

17.       Party adalah satu perhimpunan yang menyeronokkan. Lebih seronok kalau ada elemen seni dalam perhimpunan itu. Bukankan ‘art’ berada ditengah-tengah ‘party’?

18.       Haiwan yang paling cute adalah arnab. Tapi Bugs Bunny tak cute. He’s annoying, and bugging people.

19.       Peringkat umur yang paling menyeronokkan adalah sekarang.

20.       Hari ini saya rasa sangat tension disebabkan perkara yang telah disebut di perkara 3 dan 7.

21.       Malam ini saya akan cuba membersih dan mengemaskan rumah, termasuklah kerja menggunakan penyedut hampagas, mengelap, basuh baju, dan sebagainya. Saya juga nak habiskan pasta goring yang saya masak pagi tadi. Kalau ada masa, saya nak masak kuah laksa – versi Lboro.

22.       Saya betul2 inginkan bulan saya jatuh ke riba.   

23.       Bila tengok muka kat cermin pagi tadi, saya rasa saya ni hensem. Rambut saya makin tebal. Saya kena jumpa tukang gunting rambut. Tapi saya tetap hensem.  

24.       Shopping kompleks tak wujud di Loughborough. Yang ada adalah kedai-kedai yang simple. Boleh habis pusing dalam 30 minit. Tak kompleks langsung. Mega-plex jauh sekali.

25.       Makanan segera biasanya segera jemu dimakan. Macam lagu-lagu KRU. Oooopss.

26.       Ayat2 terakhir pada orang yang sengaja cari gaduh dengan saya ialah “Ya, betul tu. Apa yang awak cakap semuanya betul.”

27.       Nak panjangkan tag ini? Ya. Silakan Puan Telipuk, Puan Janji Si Muda Lela dan Cik Mastikus.

 

Comments

Yeay, bro Harris, thanks for doing the tag! :-) (grinning ear to ear). Saya sakit perut gelak baca jawapan nombor 23 dan 26. Agak sarcastic. He he he he. ;-)
You are welcome. I have indeed used a version of that sarcasm. Feels better than shouting or continuing the disagreement.