Kereta oh kereta
Bulan ni, banyak jugak duit yang mengalir disebabkan kereta. Kereta yang melebihi umur 3 tahun wajib ujian MOT (macam Puspakom) setiap tahun. Sekali ujian kena GBP53. Result: GAGAL. Hampeh. Ada part yang perlu diganti sebab dah haus. Kalau setakat pat lima pound tu ok la. Ni satu part je dah 90 pound. Nak (amaran: literal translation) menggosok garam ke luka, upah pasang lebih mahal dari harga parts. Hampeh kuasa dua.
Nak dijadikan cerita, untuk pasang parts tu, tayar perlu ditanggalkan. Mekanik tu tak boleh nak tanggal tayar, sebab berkunci. Tak pernah tau la pulak tayar pun ada kunci. Rupa2nya, salah satu nut bagi setiap tayar adalah nut kunci. Kena ada anak kuncinya. Which I don't have. So, kena pergi BMW Specialist. Charge utk bukak 4 nuts: GBP70. Hampeh kuasa tiga. Boleh anemik jadinya bila kena charges cekik darah macam ni. Nasib baik la dah reserve duit untuk hal2 berkaitan kereta.
So, moral of the story: reserve la duit banyak2 kalau nak berBMW.
Comments
welcome back to the blog pak lang :)
p/s: dah poket kosong....hehehe