Personal Changes, Global Concerns
Batu Puteh satu tempat
Satu nama meletak daulat
Jadi rebutan jiran yang dekat
Mungkin menunjuk siapa kuat
Untuk merebut masuk bicara
Beradu akal licik juara
Bila hakim putuskan suara
Batu Puteh ke Singapura
Batu Puteh satu alasan
Mudah untuk mengata jiran
Lembar sejarah jadi sandaran
Tunding musuh seberang sempadan
Tunding pula diri sendiri
Sejauh mana sanggup berdiri
Berlawan cerdik berhari-hari
Awas waspada kanan dan kiri
Menyokong Negara kerana sayang
Kuatkah diri menjadi tiang
Atau nipis seperti bayang
Sekali tiup terus bergoncang
Seketul batu mahu direbut
Dari tangan musuh disebut
Tawaran gunung tidak disambut
Rela mengutip sekecil siput
Gunung dimaksud bukan di peta
Melainkan tawaran dari Yang Esa
Bagi yang mahu mencari pahala
Ke baris hadapan berlumba-lumba
Adakah kita berada dalam Barisan Nasional, Barisan Rakyat, atau Barisan Belakang?
(This is a personal reflection about ICJ's decision, and after attending today's Jumaat prayer. I was asking myself, why is it that I often do not choose to pray at the front row?)
Satu nama meletak daulat
Jadi rebutan jiran yang dekat
Mungkin menunjuk siapa kuat
Untuk merebut masuk bicara
Beradu akal licik juara
Bila hakim putuskan suara
Batu Puteh ke Singapura
Batu Puteh satu alasan
Mudah untuk mengata jiran
Lembar sejarah jadi sandaran
Tunding musuh seberang sempadan
Tunding pula diri sendiri
Sejauh mana sanggup berdiri
Berlawan cerdik berhari-hari
Awas waspada kanan dan kiri
Menyokong Negara kerana sayang
Kuatkah diri menjadi tiang
Atau nipis seperti bayang
Sekali tiup terus bergoncang
Seketul batu mahu direbut
Dari tangan musuh disebut
Tawaran gunung tidak disambut
Rela mengutip sekecil siput
Gunung dimaksud bukan di peta
Melainkan tawaran dari Yang Esa
Bagi yang mahu mencari pahala
Ke baris hadapan berlumba-lumba
Adakah kita berada dalam Barisan Nasional, Barisan Rakyat, atau Barisan Belakang?
(This is a personal reflection about ICJ's decision, and after attending today's Jumaat prayer. I was asking myself, why is it that I often do not choose to pray at the front row?)
Comments
-Q-