Degil

kalau nak degil, degillah
memang itulah namanya degil
buat apa saja yg kau mahu
kedegilan itu kuasa penggerakmu

tapi
kalau nak degil
boleh tak degil yang tak berkaitan dengan aku?
sebab aku pun degil juga tau!

jadi
kau degillah dengan sesiapapun
bila-bila masapun
di mana-manapun
aku tak berminat jaga tepi kainmu
cuma jangan masukkan aku
dalam persamaan kuadratik kedegilanmu

kalau kau degil jugak
jangan kecil hati
kalau aku mengkuasaduakan kedegilanku
atau nanti
aku lari jauh
dari radius capaianmu

Comments

Anonymous said…
my gawd!I can almost picture a chibi-comic strip version of this particular entry!kawaii!a little anger,a little annoyance but chomel in a very chibi way..... -Q-
Anonymous said…
well.. may be YOU can draw the comic, and put it on your blog.