Ustaz yang dengki?
"Ate... teman getik benor dengar ustaz tu berlabun pasal makan sosej
dan burger. Lantak le orang nak makan makanan segera tu. Yang beriya
nak baca hadis pasal makan minum tu ngapa? Dah tak de benda lain nak
dilabun?"
"Hei kera masuk kebun orang ijak dia nak sebok pulak. Padahei itu le lagi banyak maranya. Tak ada ke hadis pasei hukum bunuh kera?"
Dialog di atas fiksyen semata2.

Cuba perhatikan bahawa penutur dialog itu tidaklah menafikan kebenaran
labun ustaz pasal sosej dan burger tu. Dia tak tunjukkan pun apa2
kelemahan dalam hujah ustaz tu.
Yang dia buat ialah alihkan perhatian dengan menimbulkan isu lain. Ada atau tidak hadis pasal kera tidaklah membetulkan atau menyalahkan kupasan hadis pasal sosej dan burger. Itu isu yang berbeza. Masalah yang berbeza.
Mungkin penting untuk dikupas juga. Tapi kupasan hadis tentang sosej dan kera tidaklah saling bersandar logiknya. Perlukah dibahas hadis tentang seluruh haiwan di kampung baru dia nak terima hadis tentang sosej?
Orang yang berhujah seperti ini, sebenarnya 'memenangkan' orang yang dilawannya. Secara tidak langsung, dia mengaku dia tak ada hujah untuk mematahkan kesimpulan yang dibuat lawannya.
Akhir kalam, ad hominem juga yang akan timbul.
"Ustaz tu ajenya dengki dengan orang yang gemor makan sosej".

Comments