SSP: Syukurlah Aku Kerdil
Syukurlah
aku
tidak tahu semua
sebab
musabab sesuatu peristiwa
Ditabirkan
pemandangan
dibataskan
pendengaran
dihadkan
akal
Syukurlah
atas
kurangnya upaya
untuk
merungkai selirat jalan hidup
tidak
sepenuhnya mencapai faham
keperitan
yang menandai episod
PadaMu
yang
memiliki segala ilmu
terima
kasih dariku
kerana
tidak meletakkan tanggungan
menguasai
misteri
di
bahuku yang kerdil
cukup
DiriMu
menjaga segala cerita hidupku
Comments