Tak Faham Soalan

Pada zaman sekarang, ada seorang budak lelaki bernama Adam yang berumur 2 tahun. Dia suka bok bek bok bek. Pada satu hari, dia makan malam dengan ayah, ummi, abang Wan dan adik Zayd.

Sedang dia makan, dia cakap kat ummi, "Mi...nak spagetti?"
"Mana ada spagetti. Bihun goreng ada la", ayah menjawab bagi pihak ummi.
"Nak tu... spagetti" kata Adam lagi sambil menunjuk sesuatu atas meja.
"Nak apa? Ini? Itu?" tanya Ayah lagi sambil menunjukkan beberapa benda.

Adam mengangguk bila ditujukkan GARFU.

Ayah senak ginjal kiri selama 30 saat.

***   ***   ***

Selesai episod spagetti, Ayah cuba nak mengawal percakapan Adam dengan bertanya beberapa soalan.

Ayah: Mengapa Adam suka makan spagetti?
Adam: (menjerit dengan penuh confident) Dragon!
Ayah: mengapa students tak boleh jawab soalan statistik?
Adam: Ubat!


Ayah: Mengapa student tak study untuk exam?
Adam:  Aeroplane!
Buah ginjal kanan pula terasa senak 31 saat.

Ayahpun pernah jadi student undergrad. Rasanya tak pernah guna alasan ubat dan aeroplane.
Ayah tak faham jawapan Adam.

Mungkin Adam nak sampaikan bahawa students tak boleh jawab soalan sebab terlebih makan ubat. Kepala jadi pendo (pening doe) sebab terlebih dos. Ataupun sebab kurang ubat. Patutnya depa makan ubat atau supplement seperti minyak ikan Omega dan susu Mealshakes. Tinggi sungguh tahap pemikiran Adam.

Kalau Adam tak faham soalan, boleh faham la jugak sebab dia baru berumur 2 tahun. Yang tak fahamnya, students di universiti memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan. Sebagai contoh, ini satu jawapan yang diberi dalam ujian tentang SPSS.

"The tiny circles or dots are not far away from the line in addition to that there is no outlier at all making it conveniently normally distributed." 

Agak-agak... apakah soalannya?

A. Where are the tiny circles or dots?
B. Is the variable conveniently normally distributed?
C. What is the relationship between dots and outliers?
D. none of the above. 

Memang jawapannya D. Soalan yang sebenar ialah "Based on the plots above, which variable (Productivity or Stress) is less likely to be normally distributed? Why?"

Perhatikan bahawa soalan memerlukan penjawab memilih antara dua variables. Di manakah variable di dalam jawapan student tu?

Kat dalam aeroplane kot?



Comments