Examples of Lack of Soft Skills


Kat bawah ni adalah 3 cerita benar yang berlaku hari ni dan diubah suai sesedap MSG.

Story 1


Ring..ring...
Me: Assalamualaikum
X: Waalaikum salam. Saya nak tukar major. Nak buat macam mana ya?Me: What is your current major?X: Saya ambil [not a psychology major]. Saya baru first sem.



Story 2


Ring..ring...
Me: Assalamualaikum
Y: Waalaikum salam. Saya nak tanya, kalau nak sambung master di sini macam mana ya?
Me: Sini tu di mana?
Y: Psikologi 
Me: Can you please introduce yourself?
Y: My name is Y, and I have a bachelor degree in [not psychology].
Me: And when did you graduate?
Y: Yesterday.

How I want to end the above two conversations:
Please go back to your class room. Learn about the need to introduce yourself when making a phone call, especially to someone that with whom you're not familiar.

Story 3

Bercakap dalam telefon satu hal. Menulis surat rasmi satu lagi hal. Dah besar panjang, nak tulis surat rasmi pun tak reti?

Scenario: sorang manusia nak menggunakan kemudahan rasmi di tempat Encik B. Encik B suruh manusia tu dapatkan surat sokongan daripada Encik A (sebab manusia tu di bawah bidang kuasa Encik A). Jadi, manusia tu mintak bantuan Encik A menulis surat kepada Encik B. Encik A suruhlah manusia itu tulis draf surat tu (sebab manusia tu yang tahu apa benda sebenarnya yang dia nak).

Bila Encik A tengok draf surat, ini yang dia nampak:

Nama dan alamat Encik B tak de. 

Salutation diletak nama Encik A yang akan sain surat tu (apekehal nak tulis surat kepada diri sendiri?)

Tajuk surat tak de.

Maklumat pasal manusia itu sendiri tak cukup (paling tidak, nama dan nombor ID).

Penggunaan huruf besar dan huruf kecil pun berterabur. 

Satu yang Encik A suruh betulkan, satu yang manusia tu buat pembetulan. Bila ditanya, pernah tak tulis surat rasmi, dia jawab 'pernah la'. Bila Encik A masih tak puas hati dengan draf tu, manusia tu sudah naik angin.  Lebih kurang gaya responnya, 'kalau tak puas hati kenapa kau tak tulis sendiri?' 

Dia pertikaikan kenapa Encik A suruh dia tuliskan surat.  

Ada satu soalan yang nak ditanya di sini: siapa yang perlukan surat tu sebenarnya?

Pengajaran (kalau terasa nak diajar la, kan?): kalau surat rasmi yang sempoi tak sampai separuh muka surat pun ditulis tunggang langgang, mengapa kau buat muka tak puas hati bila orang tak luluskan dokumen rasmi 20 muka surat yang kau tulis?

Comments