biar papa asal bergaya
Kalau nak bergaya, tengoklah kemampuan diri. Kalau tak mampu beli barang branded asli, jangan beli yang tiruan.
Jika ingin berhibur, tengoklah kemampuan diri. Kalau tak
mampu beli CD ori, tengok tv je. Jangan beli CD pirate.
Jika ingin makan, tengoklah kemampuan diri. Kalau tak mampu makan di hotel, makanlah di kedai tepi jalan je.
'Abe mampu naik bot je' |
'Geli lah I nak naik bot. I suke naik kereta. Kat rumah tu berlambak lagi kereta. Tak tahu nak drive yg mana satu'' |
"Apa kelas naik bot? Naik kapal terbang la best" |
=======
Tiga ayat di atas mempunyai struktur yang hampir sama. Semuanya berkisar tentang kemampuan diri. Nak ulas panjang-panjang pun tak guna. Sebab yang lebih utama ialah isinya, bukan strukturnya.
Kalau dibandingkan ketiga-tiga jenis perkara yang disebut (bergaya, berhibur, makan), tahap keutamaannya tak sama. Bergaya bukanlah keperluan asasi. Maka betullah bahawa kita tak perlu nak langgar hak orang lain (cth: hakcipta dan harta intelektual) semata-mata nak bergaya. Tak mati keras pun kalau tak bergaya.
Bab berhibur pun sama. Kalau yang dikejar adalah hiburan jenis lagha, yg ori tak payah, yang pirate pun
tak payah. Buang masa je. Mengapa nak habiskan ribu raban sebab nak berhibur? Bukan keperluan asas.
Berbeza dgn bab makanan. Yang pertamanya, makanan adalah keperluan asas. kalau tak makan, boleh jadi sakit dan menyebabkan kematian. Itulah sebabnya, dalam keadaan darurat, jenayah pencuri makanan boleh dimaafkan. Tidak lagi kita melihat kemampuan diri. kalau dah kurus kering tak makan, tak kan nak tunggu kaya raya baru dia 'layak' nak makan? Orang yang kaya raya la yang kena beri depa makan.
Yang keduanya, ada juga yang makan sebab nak bergaya. pergi tempat makan yang bergaya. Hidangan dalam pinggan cantik sangat tata hiasnya, sampai rasa sayang nak makan. Orang yang nak makan tu pun, of course, akan bertata hias sebelum keluar rumah. Baju lip lap matching dengan kasut dan handbag. sebab nak makan kat tempat 'kelas'. sorry ya..... bergaya sewaktu makan tu bukan keperluan asas. kalau rasa mampu, sila buat. Kalau tak mampu, jangan menggatal curi sana sini semata-mata nak merasa makan bergaya. Kena makan penampor nanti baru tahu.
Yang ketiganya, makanan yg halal memang banyak
dan murah. berlambak-lambak gerai jual makanan kat Malaysia ni. Dengan nasi lemaknya, goreng pisangnya, kuih muihnya. Semuanyanya. Akan TETAPI, makanan yang halal lagi toiyyiban memang lebih mahal. Contohnya, ayam
organik. Kalau nak ambil yg halal dan toiyyiban, kena usaha sampai mampu. Jangan mencuri pulak. Ada cara untuk jadi mampu. Boleh berusaha. Itu lagi berbaloi diusahakan daripada nak menambah koleksi tudung, CD, atau bil restoran kelas tinggi.
Comments