terkesan
Kuat terkesan.
Orang mungkin kata sensitip.
Hakikatnya, perkara yang mencetus aktiviti saraf cuping frontal memang sukar diabaikan. Tambahan pula, mungkin cetusan itu merebak ke amygdala. Yang menyentuh intelek itu turut menyentuh emosi.
Entahlah.
Agak mengambil masa juga untuk turun dari puncak ombak: walau hanya taufan dalam cawan teh. Susah untuk mencari rasional dalam selirat kekeliruan, putar belit kata, atau kedunguan yang nyata. Yang kusut hendak diluruskan. Yang kabur cuba dijelaskan. Yang kelabu diterangkan.
Penerangan yang utama ialah penerangan kepada diri sendiri. Dan catatan tentang penerangan ini menjadi rakaman untuk tatapan bila kecamuk bertamu lagi.

Comments