pandai berniaga
Sejak balik semula ke Malaysia, rasa tak berapa nak senang dengan 'perkembangan' harga barang-barang di pasaran. Harga macam dibubuh yis - montel! Tak tau la 'perkembangan' tu memang disebabkan kenaikan harga bahan mentah, atau kenaikan nafsu peniaga untuk mencopet untung berlebihan.
Sudahlah harga barang mahal, ada pulak peniaga yang mengamalkan 'keep the change'. Bukan pelanggan yang secara sukarela cakap keep the change, tapi penjual yang 'membulatkan' (rounding adjustment) harga yang membawa keuntungan kepada penjual. Katalah anda beli barang yang berharga RM9.98 di pasar raya X. Bila anda membayar di kaunter, anda akan dapati anda terpaksa bayar RM10.00. Jadi, peniaga dah untung 2 sen berbanding harga yang diiklankan. Bukannya dia nak bulatkan jadi RM9.95. Disebabkan duit 1 sen dah tak ada, peniaga buat amalan 'rounding adjustment' yang menguntungkan mereka. Jadi, pembeli dipaksa mengamalkan 'keep the change' bila membeli barang yang ada harga sen-sen tu. Ke mana perginya lebihan 'sen-sen' tu? Badan kebajikan?
Satu lagi kes pandai berniaga juga melibatkan amalan yang menyusahkan pengguna. Kedai yang menjual barang harga ratus-ratus dan ribu-ribu 'menggalakkan' pembeli membuat bayaran secara tunai. Kalau nak beli 3 ulas bawang tu, memang patutlah bayar tunai, tak kan nak keluarkan American Express pulak, kan? Tapi, kalau nak beli tv LED yang harga 4, 5 ribu tu, lebih selamat dan selesa kalau pakai kad kredit atau kad debit. Malangnya, kedai yang tidak menjual bawang ini akan mengenakan caj 'perkhidmatan' sebanyak 5% dari harga jualan bagi pembelian menggunakan kad debit dan kad kredit. Banyak je kedai lain yang menyerap caj kad; tak perlu dibebankan kepada pembeli. Bagi yang suka mengumpul mata ganjaran, pembelian yang bersaiz besar inilah yang dapat membanyakkan mata ganjaran kad kredit masing-masing. Tapi, bila kena bayar secara tunai, melepas peluang untuk dapatkan mata ganjaran. Balik-balik, orang bisnes jugak yang kaut untung.
Pandai sungguh mereka-mereka ini berniaga.
Ate, kita ni bila lagi? I mean, berniaga. Bior kita berniaga cara 'bodoh'; tapi halal dan tidak membebankan rakyat.
Comments