Saya Tidak Simpan Duit
National Geogossip
KUALA LUMPUR: "Saya langsung tidak pernah menerima apa-apa duit dari lelaki itu. Usahkan RM1,111.11, RM1.11 pun saya tak pernah terima. Saya tak sorokkan duit dia." Demikian penafian CT terhadap kenyataan seorang pelakon dan penyanyi yang tersiar di dada akhbar semalam.
Menurut pemilik nama penuh Cacing Tanah ini, dia amat terkejut apabila pelakon berkenaan membuat kenyataan akan menuntut wang dari bekas suaminya hingga ke lubang cacing. Dia tidak menyangka dirinya akan terbabit dalam pertikaian antara pelakon tersebut dan bekas suaminya.
"Saya menasihatkan pelakon tersebut agar lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kepada pihak media. Jika dia ada bukti penglibatan saya di dalam hal ini, sila kemukakan. Kalau tidak ada, lebih baik diam sahaja. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika perlu" katanya lagi.
Dengan nada kesal, CT menambah, "Mengapa kediaman saya yang nak dijadikan mangsa. Lebih baik simpan wang tersebut di bank. Kepada lelaki berkenaan, jangan sesekali berniat menyorokkan duit di lubang cacing. Awas! Saya komposkan duit anda nanti," demikian amaran dari CT yang semakin kepanasan.
Comments