tips tulis manuskrip untuk jurnal

Bila berdepan dengan masalah, baru nampak perkara2 yang boleh dibuat untuk mengelakkan masalah tu daripada berulang. Berikut antara perkara2 yang sesuai diamalkan dalam menulis manuskrip untuk jurnal.

1. Buat satu folder khas di PC/memory stick/hard drive untuk simpan semua fail yang berkaitan dengan manuskrip. Memang akan ada banyak fail yang akan bersarang di folder ini. Amalkan menyimpan setiap draf yang telah dibuat. Jangan lokek ruang simpanan PC untuk mengumpulkan draf manuskrip. Setiap kali buat perubahan kepada manuskrip, simpan ia sebagai fail yang berasingan.

Pasti ada banyak perubahan yang akan berlaku kepada manuskrip tu. Perubahan tu boleh datang dari diri sendiri, dari penulis bersama, dari penilai tak rasmi, editor, dan juga pewasit.
Jangan rasa pelik kalau folder tu ada sampai berbelas2 draf. Simpan semuanya. Harap2nya, di satu masa akan ada fail yang 'menetas' dan terbang ke meja editor dan diterima untuk diterbitkan.

2. Bila mencetak draf, pastikan ada tarikh cetakan dan juga nombor versi draf tersebut. Simpan setiap cetakan, terutama yang telah diconteng dengan komen2, nota, dan catatan-catatan lain. Nombor versi draf penting untuk memastikan penulis dapat mengesan perkembangan manuskrip. Lebih daripada itu, ia juga dapat memastikan penulis sedar versi mana yang sebenarnya paling baru (terutama jika soft copy tidak dapat dikesan).

3. Bermurah hatilah dalam merujuk kepada artikel yang diterbitkan dalam jurnal yang hendak diajukan manuskrip itu. Bila ada orang merujuk (citing) artikel, 'impact factor' jurnal akan bertambah baik. Jadi, berbuat baiklah kepada jurnal berkenaan dengan merujuk artikel yang sedia ada. Amalan ini juga boleh meyakinkan anda (dan editor) bahawa manuskrip anda sesuai untuk diterbitkan dalam jurnal berkenaan.

Itulah antara beberapa perkara yang dipelajari dan dialami setakat ini.

Comments

Unknown said…
cadangan..

simpan di dlm harddisk ke harddrive, tak jamin akan kekal/selamat...cadangkan utk menggunakan gmail..attach artikel/dokumen then emel kpd diri sendiri/another akaun emel..nak guna, buka balik sent emel/inbox, then donlod..
yes... kena ada back up. Kalau uni ada sediakan virtual drive, pun boleh digunakan.