ada apa pada waris?

"Someday, all this will be yours", mungkin begitu kata seorang jutawan, hartawan, (dan pastinya bukan seorang perawan) kepada anaknya dikala dia menunjukkan bangunan2, kilang2, factory2, dan jajah takluk empayar perniagaannya. Ke mana nak ditumpahkan kuah kalau tidak ke nasi (kecuali bagi Warren Buffet yang bakal menyerahkan hartanya kepada badan kebajikan). Penat2 membangunkan empayar, tak kan nak diserahkan kepada orang yang tiada pertalian darah?

Mewariskan harta memang perkara normal, kata penulis wasiat.
Mewariskan genetic materials memang hukum evolution, kata Darwin.

Dapatkah waris2 itu nanti menggunakan genetic materials dan physical materials sebaik2nya? Dalam generasi ini, kita dapat lihat heirs to the throne (literally and figuratively) yang berpotensi melingkupkan empayar yang mereka akan terima. Berapa ramai bakal pewaris yang hidup senang lenang, tak reti (i.e. tak kisah) nak bekerja sebab dah biasa hidup senang lenang (unless you're anak Warren Buffet, you know you'll not get much). Berapa ramai pewaris takhta yang hidupnya mengeksploit harta mak bapak, dan tidak melakukan penambahan terhadap harta.

Yang dipaparkan dalam filem 3 Abdul, sebanyak manapun harta yang diwarisi (4 juta pound sterling sorang!), jika tiada kebijaksanaan dalam menguruskan harta, semuanya boleh lenyap sekelip mata. Mungkin hanya kerana hilang upaya mengawal marah. Dah kena lelong. Di zaman kita ni, ramai juga yang hilang harta kerana hilang upaya mengawal ghairah nak cepat kaya. Lebur harta simpanan kepada pengurus skim piramid, penyangak dan gagak matawang.

Gara-gara tiada paksi hidup, empayar sebesar manapun boleh runtuh.

Nabi Ibrahim a.s.. dan Ismail a.s. pernah berdoa.

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; [2:128]

Mereka tidak berdoa untuk mendapat hak menjadi AJK Pengurusan Kaabah secara turun temurun. Mendapat keturunan yang tunduk kepada Allah itu lebih penting.

Sekali lagi, Nabi Ibrahim berdoa:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. [14:40]

Bersembahyang itu sebahagian dari tanda tunduknya seorang hamba kepada Penciptanya. Ini contoh doa yang baik dari seorang bapa kepada anak cucunya.

Secara umumnya pula, antara ciri orang-orang yang diredhai Allah diterangkan dalam ayat ini.

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. [25:74]

Yang utama didoakan bukanlah kekayaan harta benda. Menjadi juara dalam bab taqwa jauh lebih penting daripada menjadi juara Akademi Fantasia mahupun juara Olmpik acara bina-dan-tunjuk badan. Setakat cantik luaran (sejuk mata memandang) tidak cukup. Ada rumah besar, anak2 yang berkelulusan tinggi, gigi tersusun cantik selepas mengguna braces, bercuti di Disney World bersama2. Yang cantik di mata itu belum cukup cantik kalau tak diserikan dengan taqwa. Kecantikan luaran untuk santapan dunia. Kecantikan taqwa untuk keselamatan dan hasanah di akhirat.

Iman (penyerahan diri kepada Allah), amal (cth: solat), dan taqwa lebih utama dari empayar dunia. Iman, amal dan taqwa itulah yang dapat menjanjikan kejayaan di dunia dan akhirat. Orang yang beriman dan bertaqwa mempunyai 'garis panduan' yang jelas dan kukuh untuk menguruskan kekayaan. Iman dan taqwa juga dapat memotivasikan sesorang untuk menambahkan yang ada, bukan sekadar menghabiskan beras.

Iman tidak dapat diwariskan; berdoalah agar waris-waris dapat memperolehnya.

Terjemahan ayat Quran dipetik dari http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Comments