aliterasi
Masa form 4 & form 5 dulu, ambil subjek Sastera. Masa form 4, yang mengajar ialah Cikgu Ahmad - sedara sebelah emak. Banyak kali Cikgu Ahmad tak leh mengajar, sebab students dalam kelas tak khatam baca novel Senjakala. Macam mana nak mengajar tema, plot, dsb kalau novel tak abis baca lagi?
Masa form 5 pulak, Cikgu Baei mengajar. Cikgu ni dulu pernah kerja profesion kewangan. Beralih ke profesion perguruan. Masa ujian, selalu skor. Alih2, masa SPM, dapat C4 je. Kaciwa.
Yang nak disebutkan di sini ialah contoh aliterasi - pengulangan bunyi konsonan. Contoh aliterasi yang dipelajari masa tu ialah 'ku kikis-kikis kuku kakiku'. Tu dia. Kan banyak pengulangan bunyi 'k'?
Hari ni terasa nak memandai - nak memanjangkan lagi frasa aliteratif tu. Boleh tak? 'Kukikis-kikis kuku kaki kiri kakak kekasihku'. Tergeliat lidah tak? Siti bernasib baik, sebab ada satu 'K' je. (sempat jugak mencelah tu...)
Comments