Ikatan dan Kasih Sayang

Wah.... terpanggil jugak aku akhirnya untuk menulis sesuatu tentang tajuk ini. Mungkin yang kutulis ini mengulang kembali apa yang pernah ditulis orang. Tapi, tak pe. Yang penting ada update kat blog aku nih... :D

Aku ingin menurut kata-kata dalam lagu Kris & Melly (Cinta) : "....ku turut petuamu, cintai dia yang mencintaiku". Tidaklah tangan bertepuk sebelah. Mudah saja jika dapat melabuhkan cinta pada seseorang yang sudi menerimanya. Maka terjadilah "hati yang dulu belayar, kini telah menepi".

Kekadang kita enggan memberi sayang kepada orang yang sayang pada kita. Mungkin kita tak suka dia. That's understandable. Atau mungkin kita tak nak sayang dia sebab ada syarat-syarat yang dia tak penuhi. Sebagai contoh, dia tak mahu diikat secara formal. So, kita lepaskan dia, yang mencintai kita, kerana kita tak tidak dapat mengikat dia. Kerana tak dapat membuat dia memasuki wilayah jajahan kita. (that's a bad kind of ikatan)

Jadi, dalam keadaan begini, hati kita akan belayar lagi. Sekali lagi menyabung ombak mencari pulau persinggahan. Lupakan saja dia yang ingin belayar mengikut haluannya sendiri.

Atau....kita boleh mencintai dia seadanya. Biarlah dia belayar. Kita pun boleh belayar. Jangan menangisi pelabuhan kasih yang ditinggalkan sepi. Senyumlah pada ufuk yang terbentang di depan mata. Yang penting adalah kita dapat meredah ombak dengan dia yang mencintai kita. Bukan mudah untuk berjumpa orang yang boleh mencintai kita. Jadi, usahlah dibiarkan dia pergi. Jangan gunakan all-or-none law.

Dalam senario yang berbeza, dua hati yang belayar, bertemu, dan mengharungi ombak suka duka, mungkin akhirnya membuat keputusan untuk mengikat diri masing-masih di pelabuhan bahagia. Telah banyak yang mereka lalui bersama. Telah teruji kukuhnya kasih, kuatnya sayang. Kedua-dua hati ini ingin menepi. Mungkin disebabkan umur yang meningkat, atau disebabkan utuhnya kasih sayang, atau disebabkan kesempurnaan yang dirasakan dalam jalinan kasih, maka tidak ada sebab lagi untuk merantau di samudera luas. Mereka mahu membina wilayah mereka sendiri. Ikatan itu satu keputusan yang diambil bersama.

Ini bukan ikatan yang membataskan kebebasan. Tapi sempadan yang mentakrifkan wilayah yang ingin dibina. Seperti puisi Zurinah Hassan,
“di sebuah kolam,
ada ikan-ikan yang mahu berenang,
bebas dan jauh.
Ada ikan jadi marah,
pada empat dinding yang menyekat,
perjalanannya.
Menghempas-hempas diri,
dan kemudian mengerti.
Dinding-dinding itulah mengepung air,
dan memberikan,
sebuah kolam untuknya.”

Hatiku masih lagi di laut lepas. Namun, ingin juga mengecapi ketenangan di pelabuhan. Ingin kubina sebuah wilayah dengan insan yang kufahami suka dukanya, insan yang memahami suka dukaku. Namun, yang kutemui….hanyalah wilayah Celcom. Hehehehhehe…

Comments

Anonymous said…
susah nak cari wilayah-wilayah yang belum dijajah ni, pak alang..

ashik ashik wilayah tu, yang dulunya satu kawasan yang nyaman dengan hutan khatulistiwa, flora dan fauna nya, sekarang telah ditarah.. telah dicerobohi.. jadi kosong...ada juga wilayah yg terlalu advance sampai terlalu banyak hutan batu.. tidak menarik lagi..

hehe sorry lari topic.

anyway ada yang menganggapkan satu ikatan tu adalah satu kongkongan.. itu lah masalah nye.. Sesuatu ikatan itu kalau dianggap sebagai satu yg suci, ditambah pula ngan penuh kasih sayang, itu lah satu kebebasan yang dipilih.. kebebasan yang mutlak..
Anonymous said…
Setuju! Setuju!
Kalau boleh saya nak cari wilayah yang ada autonomi. Bukan nak jajah wilayah sapa2 pun. Karang tak pepasal kena serang dek org USA.
Anonymous said…
hmm it sound kinda strange and yet intresting when opposite gender claiming for a teritory coz normally men is the expert in the world of invade+divide+conqure maybe some mens i guess :)
Anonymous said…
sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu..tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya! seringkali dlm hidup ini b'laku sesuatu yang tk t'jangka..yg manis t'kadang meracun jiwa..yg pahit pula ada ketika penawar lara..cicip kemanisan, teguk kepahitan..dalam darahmu pasti mengalir kekuatan! ~@jied~
Anonymous said…
I saw "Malcolm in the Middle" last night. In that family, it is the wife, not the husband, who makes all the decision. For them, the wife is the dominant one in the territory. Perhaps some other relationships are just like that. It is not so strange an idea for me that a woman have a desire to dominate men (and other women).
Anonymous said…
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akanmemandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling> hebat yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hariyang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalananhidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerahsentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.....