Menulis Item
Katakanlah kita nak bina satu instrumen yang mengukur 'musikaliti'. Instrumen ini akan digunakan untuk saringan peserta pertandingan nyanyian.
Pertama sekali, kita kena takrifkan konsep amusia tu. Carilah dalam kamus, kajian-kajian lepas, atau teori yang berkaitan. Sebagai contoh, maksud musikaliti ialah "kebolehan menyanyi dengan baik". Skor yang tinggi daripada instrumen ini bermaksud seseoran gitu boleh menyanyi dengan baik. Sudah tentu juga istilah 'baik' perlu diperincikan: baik untuk peringkat small stage ataupun big stage?
Langkah seterusnya, tulislah item yang boleh diguna untuk mengukur musikaliti.
1. Saya boleh menyanyi mengikut tempo yang sesuai.
2. Menyanyi ikut tempo penting bagi seseorang penyanyi.
Antara 1 dan 2, item yang lebih sesuai untuk mengukur konstruk musikaliti seperti yang ditakrifkan ialah item 1. Item 2 lebih sesuai untuk mengukur sikap terhadap musikaliti. Ataupun mengukur pengetahuan tentang musikaliti.
Walaupun isinya sama, tapi cara penulisan item mempengaruhi kesesuaian item dengan konstruk. Carilah pakar yang sesuai dan mampu untuk menilai kesesuaian item. Lebih baik lagi jika penulis item dapat menapis sebaik mungkin sebelum menyerahkan item untuk dinilai oleh pakar. Kalau perlu, buat sesi sumbang saran untuk menghasilkan calon-calon item yang sesuai.
Comments