Kehendak vs Keperluan


Kehendak: Nampak iklan Samsung Note 20, terus dilambung gelora nafsu untuk keluarkan duit beli satu set.

Keperluan: Nampak iklan Samsung Note 20, ingatkan diri sendiri bahawa telefon sedia ada masih berfungsi elok.

Apa yang mempengaruhi keputusan kita untuk membeli? Keperluan atau kehendak? Kalau seorang suami beritau isterinya dia nak berbelanja RM5000 untuk beli sport rim kereta, dialog kat bawah ni mungkin akan berlaku.
  • apa cacatnya sport rims yang ada sekarang ni?
  • apa faedah sport rims baharu kepada performance kereta?
  • bukankah lebih baik tambah reverse parking camera berbanding beli sport rims?
  • adakah Puspakom mewajibkan pertukaran sport rims?
Kalau boleh defend keputusan, maka silalah teruskan hasrat membeli. Kalau tidak, pembelian itu lebih kepada nak memuaskan nafsu.

Berbalik kepada contoh telefon, apa yang mungkin membuatkan kehendak bertukar menjadi keperluan?
  • ada tugasan yang melibatkan penggunaan telefon dengan fungsi yang ada pada Note 20, dan tidak ada pada telefon sekarang
  • telefon sekarang telah rosak sehingga tidak dapat melaksanakan fungsi-fungsi kritikal
  • ada paksaan daripada penyedia telekomunikasi supaya menukar telefon
  • telefon sekarang berwarna biru tua sedangkan anda sudah melompat ke parti biru muda. Maka warna biru tua sudah tidak sesuai digunakan.
Jangan ambil serius contoh-contoh tu pulak ya. Sekadar contoh.

Beza antara kehendak dan keperluan ni mungkin boleh diaplikasikan dalam menulis permasalahan kajian. Kita bercadang nak buat kajian sebab ada keperluan, atau demi memuaskan kehendak kita sendiri?

  • Kalaupun kita dah jumpa 'gap', adakah gap itu PERLU ditambak? Apa masalah yang boleh diselesaikan kalau kita berjaya tambak gap tu? Siapa yang akan melompat keriangan jika gap berjaya dihapuskan?
  • Ada yang nak buat kajian tentang efikasi guru melaksanakan PBD kerana dia sendiri ialah guru. Adakah itu cukup untuk menunjukkan KEPERLUAN kajian?
  • Agak kerap juga jumpa permasalah kajian dalam bentuk "belum ada kajian yang menggabungkan 4 variabel ini dalam satu model." Okkkkkay. So, di mana keperluan untuk gabungkan sampat 4 variabel? Kalau nak masak laksa, guna asam keping dah cukup. Tak perlu nak tambah asam jawa, asam limau, dan cuka. Cuba cerita KEPERLUAN nak kaji sampai 4 variabel tu.
  • Alasan yang selalu dijumpa ialah 'kurang kajian dalam bidang ini'. Adakah kekurangan itu membentuk keperluan atau kehendak? Kekurangan boleh 'dicipta' secara kreatif; tapi tak semestinya ia ada nilai penyelidikan. Sebagai contoh, kita fokus kepada kajian tentang efikasi pengajaran dalam kalangan guru. Apakah kajian yang kurang? Boleh ditunjukkan melalui carian di Google Scholar bahawa masih kurang kajian (1) yang menggunakan instrumen bertulisan Jawi (2) yang memfokus kepada guru merangkap influencer Instagram dengan bilangan follower lebih daripada 10,000, (3) yang menggunakan sampel guru dengan nama yang bermula daripada huruf S, (4) yang melibatkan pengumpulan data sehari sebelum gaji, dan (5) yang dilakukan di kawasan geografi yang tidak ada sungai dalam jarak 50km. Kreatif betul mencari kekurangan literatur. Tapi tak cukup analitikal untuk menyerlahkan KEPERLUAN dan SUMBANGAN kepada literatur.
Jika tesis ditulis dengan KEPERLUAN yang jelas, ia lebih mudah dipertahankan berbanding tesis berlandaskan KEHENDAK.

#notapsikologi


Comments