Antara Worship dan Bashing
Celebrity worship (CW) merujuk kepada tarikan terhadap selebriti secara obsesif; ketagih nak mengetahui butiran-butiran kehidupan selebriti. Juadah berbuka dia nak tahu, dan kalau artis mengadu sakit, dia pulak yang rasa susah hati. Empati berlebih-lebih.
Di satu sudut yang lain, wujud hubungan dengan selebriti yang dipenuhi emosi dan tingkah laku negatif. Obsessive Celebrity Bashing (OCB) boleh dianggap sebagai kebencian terhadap selebriti. Dia tak suka selebriti tu, tapi still nak ambil tahu. Gatal cuping cerebralnya untuk mengetahui apa 'kesalahan' dan 'kesilapan' yang selebriti itu lakukan. Bila ada nampak salah je, terus dia enter frame untuk kecam. Reda simtom ketagihannya bila dapat tulis komen berbisa terhadap selebriti. Orang putih kata 'love to hate'.
Kalau orang biasa, bila dah benci, dia tak ambil pot pasal hidup orang tu. Tapi bila dah terjebak dalam OCB, makin dia benci, makin dia ambil tahu apa yang orang tu buat. Sebagai contoh, katakanlah ada orang yang benci terhadap agamawan tertentu yang berbeza fikrah (dan mazhab?). Pantang ada video ceramah terbaharu, dia akan tengok dengan tujuan nak cari point untuk mengherdik, mencaci, dan merendah-rendahkannya.
Saya tak pasti samaada OCB sudahpun dikaji daripada perspektik klinikal mahupun psikopatologi. Yang dibaca setakat ini, ada kajian tentang celebrity bashing sebagai tingkah laku reaktif dalam talian; bukannya sebagai satu tret personaliti. Tapi saya boleh bayangkan OCB sama-sama bermasalah seperti CW. Kebencian yang berlebih-lebihan tak elok untuk kesihatan mental.
Orang Islam diajar untuk memilih keseimbangan (wasatiyyah). Berpada-pada dalam menyayangi dan berpada-pada juga dalam membenci. Cintailah seseorang kerana Allah swt. Kalau nak admire seseorang, biarlah ada asas (grounding) yang kukuh. Kita suka selebriti bukan kerana rupa atau bakatnya semata-mata; tetapi kerana ketaatannya kepada Allah swt. Kita suka dengar ceramah agamawan bukan kerana rupa dan bakatnya semata-mata; tetapi kerana kebenaran ilmu yang dikongsinya.
Grounded admiration terhadap seseorang lebih selamat untuk kesihatan mental, insyaAllah.
#notapsikologi
Comments