5 CARA BERDEPAN DENGAN PENGAMAL GRAFOLOGI
Bukti saintifik setakat ini tidak menunjukkan wujudnya
perkaitan antara tulisan tangan dengan personaliti dan prestasi kerja. Maka,
jika anda berdepan dengan pengamal grafologi,
1. elakkan daripada membayar kepada sesiapa untuk melakukan
analisis tulisan tangan anda walaupun orang itu pernah ada slot di TV dan
Radio. Ahli politik pun ada banyak slot di TV dan radio; anda tak percaya
semuanya kan?
2. elakkan daripada membayar yuran dan menghadiri bengkel
latihan analisis tulisan tangan. Baik guna duit tu untuk belajar ilmu yang
lebih sahih.
3. elakkan daripada membuat keputusan berdasarkan analisis
tulisan tangan; waima yang dibuat secara percuma. Jangan biarkan pemikiran anda
dicemari idea-idea yang tidak ketentuan asal-usulnya.
4. tanya secara asertif tentang bukti saintifik kesahan
analisis tulisan tangan jika anda diminta melakukan latihan, menyertai latihan,
atau dipujuk untuk apa-apa tujuan yang berkaitan grafologi. Bukan ajak
bergaduh. Tapi ajak berfikir bersama-sama.
5. galakkan kawan-kawan, saudara mara, mahupun musuh
sementara anda untuk berfikir secara kritikal jika mereka mempromosi grafologi
samada untuk tujuan komersil ataupun main-main ataupun ingin mendapatkan
pendapat anda tentang grafologi.
Jika mereka berkeras juga berpegang teguh kepada grafologi,
bersetujulah dengan mereka bahawa grafologi ada 'face validity' (dalam teknik
Motivational Interviewing, kaedah ini dipanggil rolling with the resistance).
Memang secara nalurinya, seolah-olah boleh diterima idea bahawa tulisan tangan
ada kaitan dengan personaliti. Tapi itu hanyalah kesahan di permukaan
(surface). Kemudian, tanyalah mereka tentang bukti kesahan yang lain,
terutamanya yang di peringkat akarnya.
Tanyakanlah apakah aliran teori yang mereka pakai untuk
mentafsir tulisan tangan? Aliran Perancis? German? Amerika? Atau ada aliran
yang mereka cipta sendiri?
Untuk maklumat ringkas tentang aplikasi grafologi dalam
pengambilan pekerja, boleh rujuk kepada artikel dalam Ensiklopedia. Thomas, S.
L. (2006). Handwriting analysis in hiring. In Encyclopedia of Career
Development. (pp. 334-345). Thousand Oaks: Sage Publications. Petikan
ringkasnya adalah seperti di bawah.
"Research on graphology suggests that at best, it has
only low-to-moderate reliability, and there is little evidence that graphology
is accurate in predicting personality traits or that the narrow traits that
many analysts infer from handwriting samples correlate with job performance.
.....
For the practicing manager, it appears that the scientific
evidence suggests that handwriting analysis should have
maksudnya:
Penyelidikan tentang grafologi menunjukkan bahawa, paling
bagus pun, is ada tahap kebolehpercayaan rendah dan sederhana. Bukti bahawa
grafologi boleh meramalkan tret personaliti sangatlah sedikit; begitu juga
dengan bukti kaitan antara tret khusus (yang dicungkil dari contoh-contoh
tulisan tangan oleh para penganalisis) dengan prestasi kerja.
...
Untuk pengurus organisasi, bukti sainfitik mencadangkan
bahawa analysis tulisan tangan sepatutnya tidak ada peranan, atau ada sedikit
sahaja peranan, dalam proses mengambil pekerja. Pengurus sepatutnya bergantung
kepada ukuran-ukuran personaliti yang lain seperti alat-alat ujian personaliti
Big Five.
Satu kajian telah dilakukan untuk melihat perbezaan antara
individu yang disahkan ada kecelaruan personaliti psikopatik dan yang tidak ada
kecelaruan itu. Dengan menggunakan program komputer, beberapa ciri tulisan
tangan telah dianalisis.
Hasilnya?
Analisis berkenaan tidak dapat membezakan antara peserta
kajian yang ada kecelaruan dan yang tidak ada kecelaruan.
"This suggests, contrary to many beliefs related to
graphology, that psychopathic personality cannot be identified on the basis of
computational forensic examination of handwriting."
(Hasil kajian menunjukkan bahawa, berlawanan dengan
kepercayaan yang dikaitkan dengan grafologi, personaliti psikopatik tidak boleh
dikenalpasti berdasarkan penelitian forensik berkomputer ke atas tulisan
tangan")
Kajian baharu ini (2019) menyokong kesimpulan yang telah dibuat
bertahun-tahun yang lalu. Grafologi masih tidak dibuktikan berkesan dalam
mengenalpasti personaliti.
Kesimpulannya, cintai IT dan jauhi grafologi.
Comments