Strategi Marketing yang Islamik



"Ethical behavior in advertising and other promotional activities must be based on a strong foundation of Islamic tenets and injunctions."
Jemput baca artikel yang pernah saya jadikan bahan rujukan semasa mengajar kursus Consumer Psychology. Mari sama-sama tambah ilmu supaya:
1) kita terhindar daripada menggunakan strategi pemasaran yang tidak Islamik.
2) kita terhindar daripada dipengaruhi strategi pemasaran yang tidak Islamik (mungkin yang bersifat viralistik, kapitalistegaristik, mahupun satanik).

Peniaga-peniaga Muslim mesti memegang teguh kepada syahadah dan seterusnya mematuhi perintah-perintah serta larangan-larangan yang jelas dalam Islam. Banyak diperhatikan dalam media akan iklan-iklan yang terang-terangan berlawan dengan 'Islamic tenets and injunctions'. Kalau dibuat katalog atau ensiklopedia ciri-ciri iklan tidak Islamik ini, mungkin boleh dapat dari alif sampai ya. Kalau betul-betul nak berusaha mendapat rezeki yang halal, maka pastikan kaedah pemasarannya juga halal.
Sebagai latihan saraf, cuba fikirkan kesesuaian kaedah pemasaran yang berikut:
1) tampal iklan di peralatan kemudahan awam (tanda jalan, tiang jalan, tiang lampu, peti surat orang)
2) menggunakan gambar studio yang menunjukkan aurat orang (yakni bukan gambar orang awam di tempat terbuka)
3) menggunakan perkataan seperti 'menyembuhkan' bagi produk yang bukan bersifat ubat. 
4) menghebohkan harga murah dan menyenyapkan (sehinggalah pelanggan telah bersetuju membeli) kaedah pembayaran yang melibatkan riba. 
5) dialog iklan yang menghina warna kulit, rupa, bangsa, agama, dan ciri peribadi orang
6) penggunaan pelakon lelaki meniru penampilan wanita, atau wanita meniru penampilan lelaki
7) menggunakan perkataan sepert 'penghulu', 'raja', 'ketua' sebagai adjektif kepada produk (cth: Penghulu Segala Cendol) sedangakan tiada makluman siapa yang memberi gelaran-gelaran itu
8) meremehkan syiar Islam (cth: "tak de chop Halal Jakim pun, tapi produk ni laku keras juga")
9) mempromosikan syiar yang tidak Islamik (cth: Melancarkan produk pencuci bahagian intim wanita di Red Light District, Amsterdam)
10) berjanji akan menyalurkan keuntungan jualan kepada pusat pengajian Islam tetapi kemudiannya beri sedikit sahaja daripada yang dijanjikan. Alasannya ialah telah berlaku inflasi atau susut nilai keuntungan.
11) Petik nama selebriti, ustaz atau pakar walhal mereka tak pernah memberi pendapat tentang produk atau perkhidmatan yang diiklankan.

Comments