Mencari Pengganti Kertas

Harris Abd Hamid. (2000). Mencari pengganti kertas. Buletin Psikologi, 5, 57-59.

Setelah 17 tahun, terasa banyak bahagian artikel ini sudah ketinggalan zaman. Siapa pernah dengar Palm Pilot? Namun, kita masih lagi kecanduan kertas.

==================================================

Ambil serumpun keladi bunting. Potong dan bersihkan tangkainya. Rebus di dalam larutan alkohol. Kiras dan campurkan sedikit asid hidroklorik. Ratakan adunan senipis yang boleh dan keringkan. Hasilnya? Bahan yang boleh diguna sebagai medium maklumat. Atau nama pendeknya: kertas.

Apa yang anda baca sekarang ini besar kemungkinan tidak dicetak di atas kertas keladi bunting. kertas yang dihasilkan secara komersil biasanya menggunakan pulpa pokok. kertas pelbagai kualiti, saiz, dan warnan yang senang didapati sekarang memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat. Bil telefon, nota, kad pengenalan dan slip keputusan peperiksaan hanyalah sebahaian daripada penggunaan kertas sebagai dokumen. dengan pantasnya pergerakan teknologi digial, pergantungan terhadap kertas telah dinilai semula. Mungkinkah ada pengganti kertas?

Dengan mengingkatnya penggunaan komputer dan alat elektronik yang mengambil sebahagian fungsi kertas, ada pihak yang membayangkan penggunaan kertas boleh dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. penggunaan alat pmebangtu digital peribadi (personal digital assitant atau PDA) misalnya telah menunjukkan potensi menggantikan diari, buku alamat, dan perancang tahunan. 3Com Palm Pilot misalnya semakin diterima kerana ia berupaya mengecam tulisan tangan. Nokia Communicator 9110 pula menggabungkan daya tarikan telefon bimbit dengan kemudahan alat PDA. Sekarang sudah ada jalan untuk orang awam mengurangkan penggunaan kertas.

Untuk masa depan, 'Pejabat Bebas Kertas' telah menjadi matlamat baru sistem pengurusan. Projek Koridor Raya Multimedia secara eksplisit meletakkan bebas kertas sebagai satu aplikasi perdana untuk pentadbiran negara. Gerakan seperti ini pasti mendapat sokongan pencinta alam yang berusaha mengurangkan jumlah pokok yang terpaksa ditebang untuk industri kertas. Tapi, sudah pastilah industri kertas terancam sekiranya permintaan terhadap kertas berkurangan. Pengeluar yang bergantung kepada permintaan terhadap kertas - seperti pengeluar mesin pencetak dan mesin fotostat - juga akan terasa kesan negatifnya. Pengeluar yang melihat jauh ke hadapan telah mula memikitkan strategi untuk mengekalkan operasi mereka.

Syarikat Xerox yang terkenal dengan mesin fotostatnya tidka mahu ketinggalan dalam dunia yang akan meninggalkan kertas sebagai bahan sejarah. Walaupun sebahagian penyelidik di Xerox percaya bebas kertas hanyalah ilusi, mereka telah membangunkan beberapa sistem yang berkemungkinan meletakkan mereka di hadapa sekiranya ilusi menjadi realiti.

Xerox Research Centre Europe di Cambridge sedang menjalankan beberapa kajian untuk memahami interaksi manusia dan kertas. menggunakan kaedah etnografi, mereka mengkaji penggunaan kertas di pejabat. mereka mendapati kertas membolehkan pengguna melakukan empat perkara: mencatat (annotate), membanding dokumen, mengongsi dan menyilang rujuk (cross-referencing). Dalam kata lain, kertas menyokong manusia melakukan tuags-tugas tersebut. Empat tugas ini lebih mudah dilakukan dengan kertas berbanding dengan dokumen digital. Bayangkanlah bagaimana seorang pensyarah hendak menyemak esei pelajar mengguna komputer dan MS Word. Di mana hendak mencatat komen dan pembetulan? Adakah esei yang telah disemak kelihatan seperti telah disemak? Dengan kertas, tugas ini sangat mudah dilaksanakan. Pensyarah boleh menulis komen dengan mudah di mana-mana. Dakwat pen yang mudah dilihat sekali imbas boleh menjadi tanda yang jelas bahawa sesuatu esu telah disemak.

Empat sokongan tugas yang dikenalpasi dari kajian etnografi itu bolehlah dikelaskan sebagai sokongan praktikal. Sokongan praktikal yang lain termasuklah mudah diguna dan mudah dibaca. Tidak perlu kuasa elektrik, tidak perlu menunggu lama untuk dilihat, tidak perlu perisian yang mahal, dan tulisan biasanya jelas dan terang.

Selain menyokong tugasan dari segi praktik, kertas turut menyokong peluahan emosi. Mungkin ada yang suar melihat kaitan kertas dan emosi. Cuba fikir kembali bilakah kali terakhir anda 'terhibur' mendengar bunyi kertas dicarik. Atau mencium surat yang berbau harum sambil mengursap permukaannya yang halus. Atau menconteng dan mengoyang (hatta membakar) surat-surat insan yang telah melukakan hati anda. Bayangkan pula penulis yang menconteng, mengkerunyuk, dan mencampakkan bebola kertas hingga bertimbun-timbun. dapatkan tingkah laku seperti ini disokong oleh teknologi dokumen digital? Bunyi senang ditiru, tapi akan samakah kesannya? Di mana romantiknya surat cinta yang tidak dapat disentuh dan tidak berbau? Bolehkan alat dokumen digital dicapakkan ke bakul sampah jika dokumen yang diterima menyakitkan hati? Bagaimana hendak menolak dokumen digital yang tidak mahu diterima?

Jika anda peminat filem cinta, pasti anda dapat menghargai kepentingan meulahkan emosi mengguna kertas. Dalam sesebuah filem cinta, mungkin seorang bapa tidak merestui jalinan cinta si anak. Dalam salah satu adegan klise, hero ditawarkan cek kosong oleh bapa heroin supaya melupakan anak perempuannya. Untuk membuktikan cintanya tidak boleh dijual beli, si hero mengambil cek, mengoyaknya perlahan-lahan lalu mencampakkan cebisan cek dengan riak muka yang marah (sambil diiringi muzik yang menambah dramatiknya suasana). Begitulah pentingnya kertas, sama ada disedari atau tidak, dalam kehidupan manusia. Jika ingin melangkah ke alam bebas kertas, sudah adakah penggantinya?

Dalam membincangkan kertas dan emosi, memang banyak persoalan yang perlu dijawab. Di sini wijud peluang bagi ahli psikologi, khususnya ahli ergonomik (atau psikologi faktor manusia), untuk mengkaji interaksi antara manusia dengan dokumen dalam bentuk kertas dan digital. Penyelesaian perlu dicari untuk memungkinkan peluahan emosi apabila mengguna pengganti kertas. Jia ia tidak semesra kertas, maka alam bebas kertas akan terus menghuni ruang ilusi.

Artikel ini tercetus daripada mini seminar di Universit College London pada 8.2.2000 yang disampaikan oleh Jon O'Brien, William Newman dan Marge Eldrige dari Xerox Research Centre Europe, Cambride, United Kongdom. Maklumat lanjut tentang XRCE boleh didapati di www.xrce.xerox.com/xrce.html.

Comments