Asyik asyik neuro

Satu lagi produk dengan label 'neuro'. Kononnya ia boleh merangsang saraf otak dengan kuasa elektrik yang dialirkan melalui kulit kepala (transcranial direct current stimulation - tCDS). Kesannya? Ahli sukan boleh bersukan dengan lebih cemerlang.
Di Malaysia ni, dah ada perniagaan alat elektronik untuk 'menyembuhkan' penyakit. Alat berkenaan menggunakan elektrod yang dilekatkan di kepala (atau kepit di topi). Seperti yang didedahkan Pseudoscience Watch, 'terapi' ini palsu. Tak berkesan. Tak ada bukti ia berkesan. Yang pasti ia berkesan mengurangkan duit pesakit.
Halo Neuroscience memasarkan Halo Sport untuk ahli sukan. Bukan pesakit. Agak menarik bila membaca perkataan 'medicine' dalam tajuk berita di The Star. 

Sebelum kita berlumba-lumba membeli alat ini (ada dijual di 11street.com.my - harganya RM4,928.81), ataupun sebelum syarikat dengan model perniagaan MLM mula memasarkannya di Malaysia, carilah dahulu bukti keberkesanannya.
"In fact, a meta-analysis of tDCS studies – one of those laborious studies that study the findings of other studies – found the technique had no effect at all on a wide range of cognitive abilities."
Sayangilah otak anda.

Comments