Bila tak de air
Hari ni hari kedua tak de air. Kalau ikut laporan media, 3.8 juta orang pengguna di Lembah Klang keputusan air. Time cam ni la baru rasa balik betapa pentingnya dan nikmatnya air. Keputusan air ni mengingatkan saya kepada ayat terakhir surah al-Mulk.
""Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?" (Surah alMulk: 30)
Siapakah yang lebih berkuasa daripada Pemerintah dunia dan akhirat? Syukurilah nikmat air, dan tunduklah kepada Dia yang menguasai air.
Comments