Rumah Orang Bujang
Fikir-fikir berdasarkan pengalaman dengan penyewa rumah.
Benarlah apa yang pernah dibaca dulu, "your wealth will grow to the extent that YOU grow". Maksudnya, jika diri kita sendiri masih di takuk lama, maka tak hairanlah kalau kekayaan/kemiskinan kita pun di takuk lama juga.
Wang yang banyak, di tangan orang yang tak pandai menguruskan wang, ia akan habis. Tapi, jika ia di tangan orang yang pandai menguruskannya, ia boleh jadi bertambah banyak. Maka, kita kena pastikan diri kita lebih baik, lebih berilmu, lebih bertanggung jawab, lebih berakhlak, lebih pemurah, dan lebih positif keseluruhannya.
Ex-penyewa pernah memberitahu bahawa gajinya 'kecik'; sebab tu tak dapat bayar sewa on time bila kena keluarkan belanja luar jangka (kereta rosak). Bila baru-baru ni saya tengok keadaan rumah sewa, nilai tanggungjawab dan disiplin dirinya memang boleh dipersoalkan.
Apa kejadah ko bakar lantai? Cucuh dengan puntung rokok ke? |
I don't event want to know what chemicals are baked on the tiles. |
Korang pernah tengok paip air berkarat macam ni? Kalau kat rumah tinggal, tak hairanlah. Ke...penyewa ni dok kat hotel dan jarang2 sangat balik rumah sewa? |
Kalau kita tengok rumah kotor dan bersepah, antara jawapan yang biasa kita dengar ialah, "standard la..rumah bujang". Jika inilah alasan yang jujur dari hati, maka tak hairanlah jika standard harta tak naik-naik; bahkan mungkin makin ketinggalan sebab inflasi naik lebih laju berbanding pertambahan pendapatan. Kalau rumah dibiarkan macam sarang tikus, maka hiduplah dengan standard tikus juga. Dan sila jangan komplen sana sini, hentam kerajaan, hentam pembangkang, dan marah masyarakat apabila tak mampu hidup seperti manusia normal.
Grow, and wealth will follow.
Comments