Pelajar Universiti Memasak?

Masa belajar untuk bachelor (Kanada), saya belajar memasak sendiri. Setiap semester ambil antara 12 ke 15 jam kredit.

Semasa belajar peringkat master di London, saya duduk di asrama dan selalu memasak di dapur guna sama.

Semasa belajar buat PhD di Loughborough, England, saya banyak memasak dan makan di rumah sendiri atau di rumah kawan-kawan.

Makan di luar (i.e. beli di kafe atau restoran) adalah satu bentuk kemewahan yang dikecap sekali sekala.

Bukan sesuatu yang pelik untuk mahasiswa/i memasak. Mungkin di Malaysia aje yang ketara peliknya.

Comments