Hot on Facebook

Well.... this is a surprise. I don't even know that SlideShare acknowledges the uploaders by having sections such as 'slideshare Hot on Facebook'. Terasa macam dapat award le pulak.

Betul la kata orang... yang kaya akan bertambah kaya. Dalam kes ni, yang buat kerja akan bertambah kerja; yang produktif akan bertambah produktif. Bermula dengan belajar structural equation modelling, berjumpa dengan rakan sekerja dari IIUM Kuantan. Dia jemput untuk memberi ceramah di Ibadah Camp di Kuliahnya. Kalau ikutkan hati, berat rasa nak tolak. Tapi, cekalkan juga akal dan emosi untuk terima pelawaan. Dalam kata lain, cuba nak lebih mendedahkan diri kepada pengalaman baru: nak increase the 'openness' dimension of personality.

Alhamdulillah, sekarang ni nampak hasilnya. Selepas Kuantan, dapat jemputan untuk ceramah di Gombak pulak. Dan berdasarkan feedback daripada beberapa orang peserta, maka slides itu diletakkan dalam talian. Dan pagi ni, dapat email dari team Slideshare yang mengatakan slides tu tengah hot kat Facebook: ada 175 views. Mudah-mudahan yang telah download dan baca akan/telah dapat manfaat.

Apapun, ini telah menaikkan semangat untuk terus bekerja. Tak sangka dapat positive reinforcement macam ni. The next potential slides to go online are Student-Centred Learning dan Soft-Skill. Projek September agaknya tu.

Comments