Akaun Persinggahan Sementara
Cayalah KWSP. Baru semalam apply, hari ni duit dah masuk bank. Duit apa tu? Duit akaun 2.
Beberapa bulan yang lepas, awok beli rumah - rumah yang siap sebelum awok lahir lagi. Bukan rumah baru la kiranya. Dah ada tanad-tanda penuaan, macam awok juga. alkisahnya, rumah ni dibeli dari tuan rumah yang dah pindah ke rumah yang lebih besor dan cantik.
Nak beli rumah yang dah berumur dan tak berapa besor ni, belanjanya idak le kecik. Besor jugak. Korek la sana sini nak cukupkan beli rumah. Dah nak masuk umur 40, belum ada rumah 'atas tanah' lagi. Yang ada, sebiji apartment yang tergantung antara bumbung dan lantai orang. Alhamdulillah, cukup juga la nak buat bayar deposit, lawyer, etc.
Masa nak beli tu, dan bila dah dapat dokumen S&P, ingat nak keluarkan duit dari akaun 2 KWSP. masa beli rumah pertama dulu, memang guna duit dari akaun 2 tu untuk bayar deposit dan segala mak nenek perbelanjaan. Bila dah penat2 isi borang dan siapkan dokumen, tiba di kaunter...soalan yang petugas tu tanya ialah, 'rumah encik yang pertama dulu tu dah jual ke belum?' Pulak! Apa kaitannya dengan rumah pertama? Rupa2nya, kena jual dulu rumah yang pertama tu kalau nak keluarkan duit dari akaun 2. So, tak de le merasa nak dapat duit segedebuk sekaligus untuk settlekan bayaran pembelian rumah. Petugas tu cakap lagi, kalau nak keluarkan duit untuk kurangkan pinjaman rumah pertama tu boleh la. Aiyooo...lari bajet sebab tak dapat keluarkan duit.
Agak-agak dah suram, dan kebakaran hati dah padam sepenuhnya, pergi gatalkan tangan mengisi borang pengeluaran untuk mengurangkan pinjaman perumahan untuk rumah kedua. Sekeping borang je yang kena isi. Tapi kena ada penyata loan dari bank. yang tu kena bayar RM20 ya. Manager bank kata semua bank kenakan charge tu. Maknanya, semua pelanggan pinjaman bank terkena la ya.
Bila dah ada dokumen tu, pergi la ke KWSP cawangan Wangsa Melawati. Dulu branch ni kat Setapak...depan Festival City. Sekarang ni dah pindah ke tempat yang lebih selesa (dari segi ruang parking). Kebetulan pagi tu sistem nombor giliran tak online. Guna sistem manual je. Bila nama dipanggil, berjalan la dengan penuh konfiden dan harapan ke kaunter. Bila tiba kat situ, cik adik yang jaga kaunter tu tanya soalan yang sama jugak. "Rumah pertama tu dah jual ke belum?" Aiyooo.... rasa nak tepuk dahi pulak. Nasib baik la cik adik tu pandai jaga emosi pelanggan. Dia senyum je. Dan cakap dengan penuh sabar. Pelanggan je yang rasa tak sabar sebab frust.
Salah satu kepandaian melayan pelanggan ialah memberi alternatif. Dan awok dah diberi alternatif oleh cik adik tu. Dia kata, nak keluarkan duit untuk bayaran ansuran boleh la. "Yang tu macam mana pulak". Dia terangkan, option yang tu, KWSP tak bayar sekaligus - akan masukkan bulan2 ke akaun bank ahli. Jumlah pembayaran bulanan ialah mengikut jumlah ansuran pinjaman. Jumlah pembayaran terhad kepada jumlah dalam akaun 2 semasa permohonan dibuat. So, kalau ada RM20,000 dan installment loan RM1,000, maka KWSP akan bayar kepada ahli 20 kali (hampir dua tahun). Dah abis 20 bulan tu, kalau ada lagi duit dalam akaun 2, boleh buat pengeluaran sekali lagi.
Itulah highlight hari ni sebenarnya. KWSP dah masukkan duit dalam akaun bank. Dan duit tu dah selamat masuk akaun pinjaman. Huhuhuh..... akaun simpananku hanyalah persinggahan sementara.
Comments