Makanan kesihatan kucing

Ada kawan-kawan dan sedara mara yang suka bela kucing. Bukan takat kucing kampung, tapi kucing bandar, kucing hutan, dan kucing dari ceruk mana ntah. Macam-macam rupa kucing ada. Yang bulu lebat, bulu tebal (err..bukan sama ke tebal dengan lebat?), bertompok, berbelang. Yang nampak macam harimau pun ada.

Awok pun suka jugak dengan kucing. Tapi tak suka dengan bau yang ditinggalkan. Rumah pun saiz beberapa kangkang kucing je...tak sesuai untuk kebajikan kucing-kucing itu dan juga kebajikan hidung manusia. Semalam gi kedai haiwan peliharaan sepupu belah wife: Raniaz Pet. Kat facebook pun ada kedai dia ni. Kagum tengok macam-macam kucing yang ada kat kedai dia. Dan ada macam2 makanan untuk kucing. Yang kering, yang berbiji, yang basah, yang serbuk. Kalau pergi kat kedai ni, memang ada makanan untuk kesihatan dan kelaparan kucing kome.

Yang paling best ialah ada vitamin utk kucing. Huhuhu.... kucing pun makan vitamin. Kalau tengok gambar kat atas ni, ada produk 'vitamin and minerals'. Setahu awok, vitamin = 'vitalised mineral'. Jadi, mineral tambahan dalam produk tu agaknya non-vitalised mineral. Apapun, cer tengok harga vitamin tu. Bukan RM3.90 ya. Sila darab dengan 10. Berbaloi la dengan harga kucing yang beratus-ratus dan beribu-ribu tu. Dan kalau sanggup belanja banyak tu untuk kucing-kucing, apalah salahnya belanja yang lebih kurang sama untuk diri sendiri. Diri kita ni jauh lebih mahal dari kucing. Kucing hilang boleh diganti. Kalau jantung rosak, mana nak cari spare part? Jadi, belailah diri sendiri dengan makanan yang berkhasiat lagi menyihatkan. Jaga badan elok-elok.

Kalau nak senarai makanan yang bagus untuk diri sendiri yang brand Shaklee, awok boleh tolong kaborkan.

Comments