puisi kenduri

Buat resepsi bukan kenduri
jangan pelik hilang Melayunya
tunjuk kahwin bermegah-megah
jangan pelik hilang Islamnya

tiang apa yang ditegak
membina masjid atau niaga
tunduk tawadhuk tanda syukur
atau bangga memperaga

akad yang wajib dibuat alas
untuk menyulam manik lagha
untuk menjahit putik dosa
untuk menang lumba dunia

di atas redha siapa
hendak membaringkan diri
menyerahkan ikatan berdua
selepas hari ini



Comments