al Ansar

Dalam satu khutbah Jumaat di Universiti, khatib menyebut tentang nikmat persaudaraan di kalangan umat Islam. Nikmat bersaudara di dalam Islam unik dan meluas. Dengan kalimah syahadah sebagai faktor sepunya, manusia dari berbagai latarbelakang boleh bertegur sapa, tolong menolong, dan berasa belas kasihan.

Dengan kesamaan syahadah jugalah muhajirin dari kota Makkah dialu-alukan dengan sambutan yang mesra oleh muslimin di Madinah. Selalu diulang waktu sambutan ulang tahun Hijrah kemurahan hati muslimin Madinah dalam membantu muhajirin. Duit, rumah, harta, dan berbagai sokongan sosial lain diberikan sebagai infaq fi sabilillah.

Hidup di UK ini, peluang untuk beramal seperti Ansar tetap ada. Ada saja 'muhajirin' dari Malaysia, dan juga negara2 lain, yang datang ke UK untuk belajar mahupun bekerja. Mereka boleh dibantu untuk membina tapak hidup di sini. Di Loughborough, di kalangan masyarakat Melayu Malaysia, ada jawatankuasa perumahan yang bertanggungjawab membantu pendatang2 baru ke bumi Lboro. Ahli jawatankuasa ini menjadi orang yang dihubungi oleh pelajar2 baru sebelum mereka sampai ke Lboro.

Berdasarkan pengalaman, ada AJK yang membantu mencari rumah sewa, menghubungkan pelajar baru dengan agen perumahan, menjemput pelajar baru di lapangan terbang, mendermakan barang2 dapur, malah menyediakan tempat tidur semalam dua sebelum pelajar boleh masuk ke rumah sendiri. Allah!

Pengorbanan dan infaq yang dilakukan oleh Ansar sukar ditandingi. Tapi, peluang untuk beramal seperti mereka sentiasa ada. Bila balik ke Malaysia nanti, peluang ini kelihatan juga. Ramai pelajar antarabangsa yang tiba di Malaysia untuk menyambung pengajian, khususnya di UIA. Mudah2an boleh beramal seperti Ansar.

Comments