Cerita sejadah















Di lapangan terbang Birmingham, ada chapel. Sapa2 boleh guna - nak solat, tafakur, meditasi, sembah-menyembah. Bila masuk chapel ni, tak de la pulak nampak orang lain yang menggunakannya. Cuma berselisih dengan seorang lelaki yang kelihatan seperti Muslim. Agaknya, memang orang Islam pengguna majoriti chapel ni.


Yang nak dikisahkan ialah sejadah yang disimpan dalam chapel ni. Bukanlah nak membawa cerita baru. Sekadar berkongsi bahan tentang topik yang pernah dihurai orang lain sebelum ini. Bagi sesetengah orang, mungkin 'sensitif' tentang 'corak' yang ada pada sejadah ni. Cuba perhatikan betul2 pada puncak kubah tu. Seolah-olah ada salib di situ. Samaada sengaja atau tidak, tak tau la. Mungkin sesetengah orang tak boleh terima kejadian ni, tak kisahlah suratan atau kebetulan. Cumanya, kalau nak mengelak daripada buat-buatan atau kebetulan macam ni, elok aje guna sejadah tak bercorak. Plain. Corak banyak2 pun buat ganggu tumpuan je. Tak perlu sumbat sensory channels dengan maklumat visuals yang tak perlu kala otak nak mengadap Allah.
Posted by Picasa

Comments

Anonymous said…
iya laa sir.. mcm tanda salib tapi.. mcm tidak pun iya.. urm mana2 jer laa..

kalo kt mesia ni.. mmg dah jadi issue dah ni.. sejadah bersalib. :D

kadang2 org kristian ni.. especially the missionary mmg purposely put those element to muslim.. konon2 supaya blh mengubah aqidah n tumpuan beribadat kepadaNya.. motif betul..~

solutionnya.. same laa mcm sir cdg.. pakai laa plain sejadah or paling selamat.. bawak laa sejadah kemana2.. tak berat dan tak menyusahkan pun :D

X
itu la...sometimes simpler is better...much better.